17 Oktober 2011

Peluru berpandu di Spratly

19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

PELANCAR peluru berpandu ‘Hsiung Feng II’ dipamerkan pada hari kebangsaan Taiwan sempena ulang tahun revolusinya yang ke-100, dua minggu lalu.
Taiwan ambil tindakan selepas Vietnam guna jet pejuang

TAIPEI: Taiwan meluluskan rancangan untuk menempatkan peluru berpandu di kawasan tuntutannya di Laut China Selatan ketika kebimbangan semakin disuarakan mengenai berita bahawa negara lain yang menuntut kawasan sama sudah memperkuatkan kekuatannya di wilayah perebutan.

Jawatankuasa Pertahanan Taiwan meluluskan cadangan untuk mengekalkan unit pengawal pantai di pulau Taiping dan Pratas.

Menteri Pertahanannya, Kao Hua-chu menyarankan unit pengawal pantai memerlukan sistem pertahanan udara maju seperti peluru berpandu Tien Chien I berbanding peluru berpandu era Chaparral 1980 an.

Enam negara termasuk Taiwan, Vietnam dan China menuntut sebahagian atau keseluruhan Kepulauan Spratly yang kaya dengan sumber minyak.

Penggubal undang-undang, Lin Yu-fang berkata penghantaran peluru berpandu perlu berikutan laporan kerajaan baru-baru ini mengenai Vietnam menempatkan tentera di kawasan itu.

Vietnam dilaporkan menghantar jet pejuang buatan Russia Su-27SK dan Su-30MK2 serta ribuan tentera laut di wilayah pertikaian itu.

Memberi maklum balas terhadap langkah Taiwan itu, Filipina semalam berkata pihaknya sudah bersedia mempertahankan kawasan tuntutan di Laut China Selatan tetapi enggan menyifatkan rancangan Taiwan menghanatar peluru berpandu ke kawasan itu sebagai sesuatu yang perlu dirisaukan.

Jurucakap Jabatan Pertahanan, Zosimo Jesus Paredes berkata negara itu menikmati hubungan baik dengan Taiwan dan percaya cadangan itu membekalkan peluru berpandu kepada unit pengawal pantai di kawasan itu dan dakwaan itu bukanlah ancaman kepada Filipina.

“Kami tidak boleh memberitahu Taiwan apa yang boleh atau tidak boleh dibuat. Selagi mereka tidak memasuki kawasan yang sudah diduduki, kami tiada masalah. Hidup dan terus hidup,” katanya.

Bagaimanapun, katanya Manila bersedia untuk mempertahankan hulu pulau kecil itu yang kini sudah diduduki di Spratly. Beliau tidak menjelaskan lebih lanjut.

China menuntut keseluruhan Laut China Selatan termasuk Spratly, kumpulan pulau dan pulau kecil yang dipercayai mempunyai simpanan minyak dan mineral.

Sementara itu, Amerika Syarikat merayu supaya bertenang Jumaat selepas Taiwan nampaknya bersedia menghantar peluru berpandu ke Laut China Selatan kerana bimbang dengan dakwaan negara musuh membina pertahanan di pulau yang menjadi perebutan.

“Kami meminta semua pihak menuntut supaya menyelesaikan pertelingkahan menerusi cara damai mengikut undang-undang antarabangsa dan tanpa menggunakan ancaman kekerasan,” kata jurucakap Pentagon, George Little. – Agensi

Tiada ulasan: