11 November 2011

Kemalangan Km382 , PR Perak ucap takziah.

14 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
KENYATAAN MEDIA.

Empat maut dan lima cedera parah apabila sebuah treler membawa guni berisi pasir melanggar bahagian belakang bas rombongan sekolah yang berhenti di tepi jalan selepas terbabas di Km382, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Behrang di sini awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tanjung Malim Superintenden Md Tahir Kasim berkata mereka yang maut dalam kejadian pukul 5 pagi itu ialah guru Siti Hajar Mohamad, 33, dan dua pelajar Khairul Anwar Azhan, 15, dan Maysarra Zaidi, 15, yang merupakan anggota rombongan Sekolah Menengah Kebangsaan Air Merah, Kulim, Kedah yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

Seorang lagi yang maut adalah Ketua Wanita Umno cawangan Alor Teja, Basarah Saad, 45, katanya kepada pemberita ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Slim River di sini, Jumaat.Siti Hajar meninggal dunia di Hospital Slim River manakala tiga yang lain maut di tempat kejadian, katanya.

Katanya lima yang cedera parah termasuk mengalami patah yang teruk yang sebelum ini dirawat di hospital yang sama telah dipindahkan ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata 22 mangsa yang cedera ringan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Slim River.

Kenyataan media saya :

1. Pakatan Rakyat negeri Perak mengucapkan takziah dan turut bersedih dengan kemalangan terbaru tersebut. Harapan saya semuga semua yang terlibat dengan kemalangan itu sentiasa sabar dan didoakan kepada yang cedera akan cepat sembuh.

2. Saya mengharapkan kajian tentang keperluan asas yang ada di sepanjang lebuhraya perlu dijalankan dengan segra memandang dengan jumlah kenderaan yang bertambah setiap hari. kekerapan kejadian kemalangan yang berlaku hampir setiap hari dan meragut nyawa rakyat adalah sesuatu yang mesti dipandang serius oleh semua pihak khusunya pihak kerajaan.

3. Kelaziman pemandu yang letih berhenti di tepi lebuhraya adalah sikap yang dipuji namun saya melihat hentian biasa dan hentian rehat dan rawat (R&R) sangat kecil dan tidak boleh menampung keperluan kenderaan untuk berhenti rehat sehingga melimpah ke lebuh raya.

Kerana itu mungkin dalam kejadian Km382 mungkin loro yang berhenti itu adalah yang berhenti keluar dari tempat rehat dan menganggu kenderaan lain.

5. Kerajaan juga mestilah mempercepatkan membina rangkaian alternatif baru untuk mengalihkan kesesakan pergerakan kenderaan yang hanya tertumpu di lebuhraya PLUS utara - selatan.

6. Disamping itu laluan tiga lorong yang terhenti di Tol Slim River juga mestilah disambung dengan segera sehingga ke utara semenanjung. Hal ini penting bagi menampung pergerakan kenderaan yang bertambah dan sering berlaku kesesakan apa lagi dihari perayaan.

Drs. Khalil Idham Lim
Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat
Negeri Perak.

11.11.2011.

Tiada ulasan: