21 November 2011

Produk KR1M: Mengapa kementerian membisu?

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Kementerian Kesihatan hari ini dituduh berkomplot dengan pembekal produk Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M), berikutan tindakannya yang membisu berhubung dakwaan beberapa barangan yang dijual berkualiti rendah.

NONEMerujuk susu formula bayi 1Malaysia (KR1M) yang dikatakan tidak mengandungi 15 nutrien utama yang diperlukan, setiausaha publisiti DAP, Tony Pua berkata bahawa kementerian kesihatan masih belum membuat sebarang pendirian mengenai perkara itu.

"Tiada sebarang kenyataan daripada menteri mengenai tindakan yang akan diambil oleh kementerian atau tindakan yang mesti diambil oleh KR1M.

"Sikap membisu menteri kesihatan mencerminkan seolah-olah ada usaha untuk menutup dan bersekongkol dengan pembekal untuk memastikan bahawa jenama 1Malaysia tidak terjejas," katanya.

Minggu lalu, KR1M menarik balik susu tepung jenama itu dari pasaran, selepas dakwaan bahawa kandungannya melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Akta Peraturan-Peraturan Makanan 1985, sementara menunggu siasatan.

1malaysia milk kr1m kedai chilli sauce sos cili 161111Walau bagaimanapun, pada sidang akhbar di Parlimen hari ini, Pua berkata pengumuman di laman web itu tidak mencukupi, tetapi sebaliknya KR1M perlu mengiklannya dalam semua akhbar arus perdana.

"Pengumuman yang hanya dibuat di laman webnya tidak mencukupi. Secara etika dan amalan global ialah syarikat itu mesti melindungi kepentingan rakyat dan pengguna.

"Mereka yang membeli barangan KR1M ini, bukan pengguna yang biasanya menyemak di internet untuk mendapatkan maklumat. Oleh itu, syarikat berkenaan mesti menyiarkan iklan dalam akhbar-akhbar seperti Utusan Malaysia dan Sinar Harian," katanya.

Minggu lalu, Pua mendakwa susu 1Malaysia yang dijual itu mengandungi "lapan kali lebih banyak vitamin A daripada had yang dibenarkan".

malaysiakini/-

Tiada ulasan: