21 November 2011

Pengguna Terpaksa Mandi dengan Air Tercemar ?

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

MIRI - Masalah air paip kotor di bahagian Miri dan Sibuti memang sudah lama berlaku dan pihak yang bertanggungjawab sepatutnya mengambil tindakan segera mengatasi masalah ini dari terus berlarutan. Mengikut sampel air paip yang diperolehi dari Mohdar Hj Ismail seperti contoh dibawah jelas menunjukkan bahawa air paip di bahagian Miri dan Sibuti memang keruh dan kotor.

Air paip yang diambil dari lokasi tertentu secara rawak:

1. Pusat Bandar Miri
2. Luak Bay
3. Kg Bakam
4. Kg Siva Jaya
5. Kg Terhad
6. kg Angus
7. Kg Tengah
8. Kg Menjelin
9. Kg Jengalas
10. Bekenu Bazaar

Sampel ini di ambil dari jam 14:30-08:00 pada 2011/11/17 dan akan lebih banyak lagi sampel air di kumpul dari kawasan Sibuti dan Miri menurut Mohdar Hj Ismail dalam face book nya. Banyak lagi contoh-contoh air yang diperolehi dari orang ramai yang merungut kerana terpaksa menggunakan air yang keruh dan ada kalanya hitam pekat macam air longkang.

Ramai pengguna mengadu mengapa pihak LAKU (lembaga Air Kawasan Utara) tidak membuat sesuatu agar perkara ini dapat diatasi dengan segera kerana pengguna terpaksa membayar bil air yang tidak dapat digunakan untuk mandi dan memasak. Bahkan penapisan air pengguna juga tercemar akibat menapis kekotoran kesan dari air paip yang kotor tersebut.

Kita mendesak agar pihak LAKU bertindak dengan segera jangan sampai pengguna terkena penyakit yang boleh menjejaskan kesihatan pengguna akibat menggunakan air kotor. Berilah perkhidmatan terbaik untuk semua pengguna tanpa mengira bangsa,agama dan fahaman politik. Jangan hanya mementingkan keuntungan semata-semata tapi pengguna tidak diberi perkhidmatan yang sebaiknya.

PAS Miri
Jofri Jaraiee

Tiada ulasan: