24 November 2011

PRU13: Cecah RM300 juta

28 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

BANDARAYA MELAKA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan kos mengendalikan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan mencecah RM300 juta, berbanding RM200 juta untuk PRU12.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, anggaran kos itu sekiranya pilihan raya diadakan serentak, termasuk di negeri diperintah pembangkang.

Menurutnya, peningkatan kos itu disebabkan bila-ngan pemilih meningkat dan peralatan pilihan raya bertambah.

“Sekiranya kita mahu melaksanakan undi pos untuk pemilih di luar negara, ia turut membabitkan penambahan kos kerana untuk setiap pemilih, kos penghantaran adalah kira-kira US$10.

“Persediaan kita sekarang hanyalah persediaan awal. Kita masih dalam proses penye­diaan belanjawan dan masih menilai perkara yang perlu penambahbaikan supaya semuanya sempurna apabila pilihan raya diadakan nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas satu taklimat untuk pegawai pengurus dan penolong pegawai pengurus PRU13, di sini, semalam.

Abdul Aziz berkata, SPR juga sedang merancang beberapa pembaharuan termasuk penggunaan dakwat kekal, proses penamaan calon, undi awal, pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya dan sebagainya, yang mana kini diteliti Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Menurutnya, ada antara pembaharuan itu yang boleh dilaksanakan segera manakala ada pula perlu mengambil masa lama.

SINAR HARIAN/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

RM100 juta tambahan buat biaya parti politik yang bayar gaji dia. Tak dikasih tak disbung pulak jadinya.......,