24 November 2011

Wanita PKR gesa Shahrizat letak jawatan

28 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM – Wanita PKR membuat laporan polis, bagi menggesa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletak jawatan kerana gagal menjawab isu National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), berhubung apa yang dikatakan sebagai skandal projek lembu di Gemas dan pembelian kondominium One Menerung di Bangsar.

Ketua Penerangan Wanita PKR Selangor, Nor’Ain Eusoff berkata, laporan polis dibuat serentak di seluruh negara selepas tempoh seminggu diberikan kepada Shahrizat untuk menjawab isu tersebut gagal dikemukakan.

Menurutnya, 10 laporan polis dibuat daripada pelbagai agensi, bagi menggesa pihak berkuasa menyiasat pihak terlibat berikutan pendedahan bukti penyelewengan, pecah amanah dan salah guna kuasa yang membabitkan sejumlah wang dana awam.

“Kita mahu tindakan di-am­bil kerana sehingga hari ini, belum ada tindakan atau jawapan balas dikeluarkan seolah-olah tiada tindakan yang dilakukan. Kita akan terus gesa pihak berkenaan supaya ambil tindakan mengenai isu ini dan mungkin mengadakan demonstrasi bagi membuka mata semua pihak,” katanya.

sinar harian/-

Tiada ulasan: