03 Disember 2011

Tukang Masak Jadi Guru lebih 100 orang remaja dari keluarga miskin

7 Muharram 1433H. [MOD] -

Inilah Kak Maireyemuhan, sedang memberikan tunjuk ajar kepada para perantis tentang kemahiran membuat kuih-muih tradisional Kirgiz. Beliau sudah berjaya mengembangkan urusniaganya kepada satu kilang kuih-muih yang besar yang mempunyai lebih 30 orang pekerja dalam tempoh masa 15 tahun.

Sebelum ini, beliau hanya mempunyai satu kedai kecil sahaja. Setelah mencapai kejayaan dalam kerjayanya, Kak Maireyemuhan menumpukan perhatian kepada penduduk yang miskin di kawasan terpencil, dan membantu lebih 100 orang remaja dari keluarga miskin mengikuti latihan secara percuma, malah membantu mereka mendapatkan kerja dalam pemasakan kuih-muih.

Kata Maireyemuhan, beliau pernah mendapatkan bantuan besar dari kerajaan tempatan dan masyarakat, maka, patut membalas budi tersebut melalui menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan.

2 ulasan:

Cikli berkata...

hati mulia macam ini amat perlu

Tanpa Nama berkata...

Kalaulah di Malaysia gitu..tak de lah yang meminta-merayau-rayau minta sedekah..