22 Januari 2012

9 penumpang termasuk 2 kanak-kanak mati lemas

28 Safar 1433H. [MOD]

JAKARTA 22 Jan. - Sembilan penumpang termasuk dua kanak-kanak dikhuatiri lemas selepas bot laju yang mereka naiki karam ketika menempuh laut bergelora di perairan timur Indonesia, petang ini.

Kejadian itu berlaku kira-kira lapan kilometer dari pelabuhan Tulehu, wilayah Maluku, menyebabkan bot yang membawa 20 penumpang sepanjang lapan meter itu karam dipukul ombak kuat dan angin kencang.

“Sebelas penumpang berjaya diselamatkan namun sembilan lagi masih hilang,” kata ketua pasukan penyelamat wilayah, Amin Tongke.

Operasi menyelamat akan diteruskan esok. - AFP

Tiada ulasan: