22 Januari 2012

Nik Aziz sedia isytihar harta kepada SPRM

28 Safar 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia mengisytiharkan hartanya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika peraturan memintanya berbuat demikian.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, isu pengisytiharan harta oleh semua penjawat awam, termasuk pemimpin kerajaan adalah isu lama.
"Saya dan semua Exco Kerajaan Negeri boleh mengisytiharkan harta, jika peraturan mahu berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian watikah pelantikan Penghulu dan Majlis Penghulu Mukim di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan di sini, hari ini.
Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Pertubuhan Angkatan Generasi Muda Melayu Kelantan (AGENDA), Arif Hakimi Zulkifli yang mendesak beliau dan keluarganya mengisytiharkan aset mereka kepada SPRM bagi memastikan mereka benar-benar telus dan bersih daripada kegiatan rasuah.

Menteri Besar itu berkata, sebelum ini, beliau pernah membuka pintu siasatan seluas-luasnya kepada SPRM untuk menyiasat beliau.

"Soal mengisytiharkan harta semua pihak...memang boleh isytihar, cuma pokok pangkalnya terletak atas ketakwaan seseorang kepada Allah, kerana taqwa adalah kunci segala perkara, termasuk ketelusan dalam pentadbiran," kata Nik Aziz.

Mengenai pelantikan penghulu di Kelantan, beliau berkata, kerajaan negeri tidak memberi jaminan untuk menaikkan elaun 787 penghulu yang kini menerima elaun RM700 sebulan.
"Kita hanya mampu membayar elaun mengikut kemampuan yang ada, cuma kalau ada rezeki berlebihan melalui wang bayaran royalti minyak kelak, kita mungkin boleh pertimbangkan," katanya.BERNAMA

2 ulasan:

Awanama berkata...

la ni isytihar tak jadi makna tengok sma proksi proksi syer yang jadi trustee harta dia buat semakan data ada kat bank negara sampai balance sheet satu sen pun dia ada

Awanama berkata...

Saudara Arif Hakimi,naib president (AGENDA )mengapakah Tuhan butakan mata anda dan pekakkan telinga anda? Ada terlalu taksub dengan UMporNO sehingga anda tak dapat membezakan RASUAH sebesar BAPAK Gajah, dalam UMporNO dan amalan rasuah sebesar hama jikalau ada dalam pakatan Rakyat. TGNA telah menyatakan kesudian beliau membuat demikian sekiranya ada peratuan untuk membuat demikian.Lainlah puak UMporNO, SEBELUM APA2 TELAH MENYATAKAN , adalah BAHAYA jikalau mereka membuat demikian.Berapa gunikah pemimpin UMporNO telah songlap duit rakyat, sehingga takut membuat demikian.