28 Januari 2012

Dadah 16kg dari Mexico dihantar guna beg diplomatik palsu

NEW YORK: Bungkusan kokain seberat 16 kilogram untuk jualan pengedar dadah Mexico sampai ke tempat yang tidak sepatutnya iaitu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini.

Polis dan pegawai PBB kelmarin menjelaskan bagaimana dua bungkusan menggunakan beg yang dicetak dengan lambang PBB palsu sampai di ibu pejabat badan dunia itu yang menyebabkan ia menjadi isu keselamatan.

Bungkusan diplomatik sebenar berwarna biru serta ada simbol PBB, kunci dan surat diplomatik. - Paul Browne, Timbalan Komisioner Pakar berkata, dadah itu bernilai AS$2 juta (RM6 juta). Beg itu yang mempunyai simbol PBB dihantar oleh pusat syarikat penghantaran DHL di Cincinnati, Ohio, kata Timbalan Komisioner, Paul Browne dari Jabatan Polis New York.

Beg itu juga tidak tertulis sebarang alamat di atasnya atau maklumat pengirim.

“Daripada pemahaman saya, oleh kerana tiada alamat, DHL menghantarnya ke ibu pejabat PBB kerana ia mempunyai simbol PBB dan biarkan mereka mencari jalan bungkusan itu milik siapa.

“Bungkusan diplomatik sebenar berwarna biru serta mengandungi simbol PBB, kunci dan perkataan surat diplomatik.
“Beg yang diterima pula berwarna putih dan tiada apa-apa perkataan,” kata Browne.

“Jadi, dua ‘beg PBB’ itu jelas palsu dan segera diperiksa kakitangan keselamatan sebaik ia tiba pada 16 Januari lalu.

“Beg itu mengandungi 14 buku berkulit tebal yang dibuat ruang meletak kokain.
“Teorinya kini kemungkinan ia tidak sepatutnya dihantar ke luar Mexico. Seseorang di Mexico mungkin dalam kesusahan sekarang kerana membiarkan kokain itu hilang,” kata Browne.

Pegawai PBB juga berkata, beg itu seperti guni tepung tetapi warnanya berbeza sekali gus bukan beg rasmi.

“Ini bukan bungkusan diplomatik. Ini yang boleh saya katakan,” kata jurucakap PBB, Marti Nesirky memberitahu wartawan.

Timbalan Setiausaha Agung PBB yang ditugaskan menjaga keselamatan, Gregory Starr, berkata belum ada bukti menunjukkan seseorang dalam badan dunia itu terbabit dalam penghantaran kokain berkenaan.

“Dadah ini tidak dihantar dari pejabat PBB. Jadi, pada hemat saya, ia bukannya untuk mana-mana agensi PBB.

“Saya juga berpendapat, ini kerja pengedar dadah yang cuba menghantar sesuatu ke Amerika dan rancangan mereka mungkin tidak menjadi kali ini,” katanya.
– AFP/Agensi

4 Rabi'ul Awal 1433H

Tiada ulasan: