28 Januari 2012

Wakil insurans: Surat terbuka untuk Perdana Menteri

Thana Chew Ne Meng
Selaku Penaja Persatuan GIANTS ,
No 157, Tingkat Bawah ,
Kompleks Alor Star ,
05100, Alor Star , Kedah
Hp : 016-442 2262

06 OKTOBER 2011

Y.A.B Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abd Razak
Perdana Menteri & Menteri Kewangan
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya,
62502, Putrajaya.




Y.A.B Dato’,

PER : KEMBALIKAN HAK WAKIL INSURANS


Saya Thana Chew Ne Meng selaku penaja Persatuan GIANTS (Gabungan Insuran Agent N Takaful 1Malaysia) ingin meminta Perdana Menteri menyelesaikan masalah Wakil Insuran.

Membatalkan atau memansuhkan segera perkara yang memberi implikasi kerugian kepada agent Insuran/Takaful seperti Klaus 5.3 Perjanjian Antara Syarikat yang membenarkan Syarikat Insurans/Takaful memberi diskaun 5% hingga 10% kepada pelanggan ‘walk in’ ke kaunter syarikat yang tidak beretika. Kembalikan semula hak asal agen seperti yang tertulis dalam Klaus 5.3 Perjanjian Antara Syarikat.

Keadaan ini menyebabkan terdapat pelanggan lebih suka berurusan terus ke kaunter Syarikat Insuran berbanding dengan Wakil Insuran. Pemberian diskaun 5% hingga 25% juga bagi Insuran/Takaful am yang tidak munasabah tanpa pengetahuan dan persetujuan Wakil Insuran.

Penutupan kaunter Insuran/Takaful di Pejabat Pos, Myeg, Bank, Puspakom, dan 1 Komuniti JPJ hanya dibenarkan perbaharui cukai jalan sahaja.

Agensi seperti ini tidak sepatutnya dibenarkan menjalankan kaunter Insuran/Takaful dan sepatutnya menumpukan kepada teras perniagaan mereka masing masing. Bank tidak seharusnya memaksa pelanggan supaya wajib memperbaharui insuran dengan mereka semasa proses permohonan pinjaman.

Bank juga sepatutnya terus memberi geran kenderaan pelanggan sebaik sahaja permohonan dan pertukaran hak milik mereka selesai.

Tiga kenyataan misi yang dinyatakan oleh BNM ialah

1) menggalakkan budaya kerja yang menekankan standard profesionalisme dan integriti, kebijaksanaan,kerja berpasukan dan inovasi

2) mengambil pendekatan kerjasama dalam segala yang kita lakukan

3) mengguna pakai dasar dan amalan untuk meningkatkan daya saing institusi kewangan tempatan untuk menghadapi persaingan antarabangsa

Kenapa Klaus 5.3 Perjanjian Antara Syarikat wujud sekian lama tiba tiba berlaku perubahan sedangkan BNM dalam misinya “ menekankan standard profesionalisme dan integriti , kebijaksanaan , kerja berpasukan dan inovasi “

Apakah pula yang dimaksudkan dengan “mengambil pendekatan kerjasama dalam segala yang dilakukan dan menguna pakai dasar dan amalan untuk meningkatkan daya saing institusi kewangan tempatan untuk menghadapi persaingan antarabangsa”?

Sedangkan amalan yang diguna pakai adalah sebaliknya iaitu persaingan yang berlaku antara Wakil Insuran yang sah dengan Institusi kewangan sendiri bukan lagi persaingan antarabangsa.

Satu salinan fotostat urus niaga insuran MMIP yang diuruskan oleh Pejabat Pos yang tidak profesional diberi kepada warga asing. Perkara sedemikian sepatutnya tidak berlaku kerana ia amat memalukan negara kita. Dari segi mana kelayakan yang mereka ada berbanding dengan Wakil Insuran yang sah.

Sesetengah Wakil Insuran di dapati boleh berurusan terus ke talian MMIP secara online. Kenapa perkara sebegini boleh berlaku? Kenapa dua Syarikat Insuran iaitu Multi-Purpose Insuran Bhd dan Uni-Asia mendapat hak mutlak? sedangkan Syarikat Insuran yang lain juga ada bersama dengan MMIP tanggung bersama tetapi kenapa mereka tidak dapat hak yang mutlak seperti dua Syarikat Insuran diatas, Wakil Insuran pula di abaikan.

Saya mencadangkan ahli Wakil Insuran yang berdaftar dengan GIANTS diberi keutamaan untuk menjadi wakil MMIP termasuk pelan insuran kenderaan bermotor yang baru mulai 2012.

Kami berharap Y.A.B Dato’ mengarahkan Bank Negara Malaysia supaya menarik balik perlantikan Pejabat Pos, Bank, Myeg, Puspakom, dan 1Komuniti JPJ sebagai agent kerana ia akan menjejaskan pendapatan agent yang sah. Sepatutnya Myeg, Pejabat Pos, Puspakom dan 1Komuniti JPJ cuma boleh memperbaharui cukai jalan ,lesen dan sebagainya.

Diatas keperihatinan Y.A.B Dato’ kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih dan berharap “ Wakil Insuran Didahulukan dan diutamakan” .





Yang Benar,






…………………………………...
( THANA CHEW NE MENG)


CC : Bank Negara Malaysia

CC : Persatuan Insuran Am Malaysia

CC : Malaysian Motor Insurance Pool

4 Rabi'ul Awal 1433H.

Tiada ulasan: