26 Januari 2012

Isytihar harta : Zambry isytihar harta kepada UMNO?

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak terpanggil dengan kenyataan terbaru mentor Umno dan Barisan Nasional (BN), Tun Dr Mahathir Mohamed yang bersetuju agar pendekatan untuk mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat membendung tindakan salahguna kuasa dan membina kekayaan peribadi serta keluarga agar dapat dielakkan. Umum maklum bahawa sebelum ini, pimpinan Umno hanya mengisytiharkan harta mereka hanya kepada Presiden Umno, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sahaja.

Bagi membuktikan kepimpinan Umno / BN benar-benar bersih, kami mencabar Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir dan kepimpinannya mengisytiharkan harta kepada SPRM dan umum sepertimana yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Pulau Pinang.

Adakah Datuk Seri Zambry dan pimpinan Umno / BN Perak bersedia menerima cabaran tersebut? Adakah cabaran tersebut sangguh disambut oleh Datuk Seri Zambry dan kepimpinan Umno / BN di Perak? Sudah tentu isu EXCO Kerajaan Negeri BN Perak yang pernah disiasat oleh SPRM akan terjawab jika mereka bersedia mengisytihar harta sepertimana saranan Tun Dr Mahathir tersebut.

Kami menunggu kesedian Datuk Seri Zambry dan kepimpinan Umno / BN Perak untuk mengisytiharkan harta mereka termasuk kepimpinan Pergerakan Wanita Umno Negeri Perak, Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak dan Pergerakan Puteri Umno Negeri Perak. Jika mereka semua masih memberikan pelbagai alasan, kami yakin rakyat akan melihat memang benar mereka sedang dan masih meneruskan budaya membina kekayaan peribadi dan keluarga mereka sehingga kini.

DR RAJA AHMAD AL-HISS
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Tiada ulasan: