31 Mei 2012

Rungut caj bil elektrik naik mendadak

10 Rejab 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU - Penduduk di sekitar Kubang Kerian merungut apabila caj bil elektrik mereka naik mendadak walaupun tidak mempunyai bil tertunggak.

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Maimunah, 50-an berkata, masalah terbabit berlarutan sejak dua bulan lepas sehingga menyebabkan dia kebingungan.

“Bulan lepas saya bayar bil semasa mencecah sehingga RM200 lebih dan bulan ini caj bil semasa naik sehingga RM400 sebulan. Ini amat membebankan kerana saya terpaksa menggunakan duit pencen arwah suami untuk menyelesaikan bayaran bil ini, jika tidak mungkin rumah saya akan bergelap,” katanya.

Menurutnya, perkara terbabit pernah diajukan kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) namun pihak terbabit tidak dapat memberi penjelasan tepat mengenai masalah itu.

“Saya hanya ingin penjelasan segera, kerana sebagai pengguna saya merasa tertindas disebabkan masalah ini. Walaupun ia nampak remeh namun agak membebankan memandangkan saya juga merupakan ibu tunggal dan turut tinggal bersama anak dan cucu di rumah,” katanya lagi.

Maimunah harap masalah mereka mendapat penjelasan daripada pihak terbabit bagi mengurangkan beban penduduk di kawasan itu.

Sinar Harian

1 ulasan:

Awanama berkata...

bkn diKubang Kerian saja diKL pun sama, baisanya aku p[unya bil sekitar rm75 hingga rm90 saja, tapi sejak dua bln lepas ianya telah meningkat dari rm130 dan rm158.