09 Ogos 2012

MENJELANG PENGHUJUNG RAMADHAN

20 Ramadhan 1433H. [MOD] -

اَلْحَمْدُ لله الْقاَئِلِ :
وَقِيلَ لِلَّذِينَ ٱتَّقَوْا۟ مَاذَآ أَنزَلَ رَبُّكُمْ ۚ قَالُوا۟ خَيْرًۭا ۗ لِّلَّذِينَ أَحْسَنُوا۟ فِى هَـٰذِهِ ٱلدُّنْيَا حَسَنَةٌۭ ۚ وَلَدَارُ ٱلْءَاخِرَةِ خَيْرٌۭ ۚ وَلَنِعْمَ دَارُ ٱلْمُتَّقِينَ ﴿٣٠﴾- سورة النحل

اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Saudara Sidang Jumaat Sekalian,

Ramadhan sudah hampir meninggalkan kita. Syawal pula semakin menghampiri. Marilah kita menghisab diri kita apakah kita telah melayakkan diri kita untuk digolongkan dalam kalangan yang mendapat kejayaan melalui kurniaan Allah yang amat besar ini. Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 183 :

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ﴿١٨٣﴾
Wahai orang yang beriman telah diwajibkan puasa ke atas kamu sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat terdahulu, mudah-mudahan kamu bertaqwa .

Sidang Jumaat Sekalian,

Ramadhan merupakan kurniaan Allah yang amat besar kepada umat Islam yang beriman, Ramadhan merupakan satu bulan yang sentiasa ditunggu-tunggu dan dinanti-nanti oleh para sahabat dan para Tabiin. Hanya orang-orang yang benar-benar beriman sahaja akan mampu menghayati Ramadhan dan menjadi insan yang benar-benar bertaqwa di penghujung Ramadhan seperti ini. Demi mengejar Lailatul Qadar,

malam yang lebih baik daripada seribu bulan telah menjadikan para sahabat dan Tabiin melipat gandakan ibadah mereka sehingga dikatakan mereka kepenatan di siang hari akibat kelaparan puasa dan kepenatan di malam hari akibat munajat mereka kepada Allah. Berbeza dengan kita hari ini yang kepenatan di siang hari akibat kurang makan tetapi kepenatan di malam hari akibat terlebih makan.

Sidang Jumaat Sekalian,

Terlalu banyak bezanya ramadhan di zaman awal Islam dengan Ramadhan yang kita sambut pada masa ini. Ramadhan yang sepatutnya menyatukan umat Islam kini masih memperlihatkan perbalahan sesama Umat Islam. Ramadhan yang sepatutnya menjadi bulan yang berjimat cermat dan peluang mengekang hawa nafsu kini menjadi menjadi bulan yang penuh pembaziran dan ketundukan kepada hawa nafsu. Inilah yang digambarkan oleh Rasulullah S.A.W dalam sabdanya :

كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ اِلا الْجُوْعِ وَالْعَطْشِ

Berapa ramai yang berpuasa sedangkan tiada satu faedah pun baginya daripada puasanya kecuali lapar dan dahaga.

Sidang Jumaat Sekalian,

Ramadhan dalam sejarah menjadi titik tolak kepada kemenangan umat Islam di sepanjang zaman. Banyak peperangan yang berlaku di Bulan Ramadhan yang membawa kemenangan gemilang kepada umat Islam dahulu kerana ketaqwaan mereka berbanding umat Islam hari ini yang hanya mampu menyaksikan pembunuhan terang-terangan ke atas umat Islam . Ramadhan hari ini menyaksikan berbagai penganiayaan terhadap Umat Islam sebagaimana yang berlaku di Syria dan Rohingya.

Sidang Jumaat Sekalian,

Kita berharap agar Ramadhan yang berlalu ini tidak hanya berlalu begitu sahaja. Hikmah pensyariatan puasa sebagaimana disebut dalam ayat 173 surah al-Baqarah tadi iaitu untuk menambahkan ketaqwaan hendaklah menjadi matlamat setiap orang yang beriman. Tiada gunanya kita menyambut kehadiran 1 Syawal dengan penuh kegembiraan tetapi ketaqwaan kita tidak bertambah malah semakin berkurangan. Apakah sebenarnya kemenangan yang kita raikan di pagi syawal nanti umat Islam masih berterusan menjadi hamba nafsu dan diperhambakan oleh musuh-musuh Islam.

Sidang Jumaat Sekalian,

Marilah kita bersama-sama mengembalikan penghayatan Ramadhan pada baki-baki hari yang ada sebelum menjelangnya Syawal yang akan datang. Semoga kita akan tergolong dalam golongan yang dianugerahkan dengan syurga (الرَّيَّانُ) seperti dalam hadis Rasulullah S.A.W :

حَدِيثُ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ ر الرَّيَّانُ َسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يَدْخُلُ مَعَهُمْ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ يُقَالُ أَيْنَ الصَّائِمُونَ فَيَدْخُلُونَ مِنْهُ فَإِذَا دَخَلَ آخِرُهُمْ أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ *

Hadis riwayat Sahal b. Said R.A berkata sabda Rasulullah S.A.W : “ Sesungguhnya dalam syurga itu terdapat pintu yang dinamakan ( الرَّيَّانُ ). Orang yang berpuasa akan masuk ke dalamnya pada hari kimat dan tidak akan masuk bersama mereka seorangpun selain dari mereka . Maka dikatakan: Dimanakah orang yang berpuasa. Maka mereka masuk melaluinya. Apabila telah masuk orang yang terakhir maka pintu itupun ditutup dan tiada lagi orang akan memasukinya “

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ , وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ , وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ , أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَ لِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.

Khutbah kedua

اَلْحَمْدُ لله الْقاَئِلِ :
إِنَّ عِدَّةَ ٱلشُّهُورِ عِندَ ٱللَّهِ ٱثْنَا عَشَرَ شَهْرًۭا فِى كِتَـٰبِ ٱللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَ‌ٰتِ وَٱلْأَرْضَ مِنْهَآ أَرْبَعَةٌ حُرُمٌۭ ۚ ذَ‌ٰلِكَ ٱلدِّينُ ٱلْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا۟ فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ ۚ وَقَـٰتِلُوا۟ ٱلْمُشْرِكِينَ كَآفَّةًۭ كَمَا يُقَـٰتِلُونَكُمْ كَآفَّةًۭ ۚ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلْمُتَّقِينَ ﴿٣٦﴾ (التوبة:36)

Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi. Di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang lurus. Maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu. Dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa.

اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
فيا عبادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sepatutnya Umat Islam mengambil kesempatan Ramadhan untuk mencapai kemenangan dalam kehidupan sebagaimana umat-umat terdahulu. Kita menghadapi berbagai musuh yang menuntut kita berjihad melawannya. Di samping musuh-musuh yang nyata melibatkan orang-orang kafir dan munafiq, kita juga berhadapan dengan iblis, syaitan dan nafsu syahwat sendiri. Kemenangan tidak akan dicapai jika kita tidak meletakkan asas taqwa sebagai senjata yang paling ampuh untuk menghadapi musuh. Oleh yang demikian, kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai martabat taqwa. Benih dan tunas taqwa yang sudah disemai di awal Ramadhan janganlah dilayukan dengan kesibukan membuat persiapan menyambut 1 Syawal. Kita masih ada lagi kesempatan beberapa hari untuk meraih fadhilat-fadhilat Ramadhan yang dikurniakan oleh Allah. Jadikanlah Ramadhan tahun ini sebagai Ramadhan yang terbaik bagi kita kerana mungkin ianya adalah yang terakhir buat kita.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ، إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ
الدُّعَاءِ.

اللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ.اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ

اَللَّهُمَّ دَمِّرِ اْلكَفَرَةَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ . اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ. اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ اْلكِتَابِ وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ.
رَبَّنَا آتِنَا في الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. رَبَّنَا لا تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا، وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً، إِنَّكَ أَنْتَ الوَهَّابُ. رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الخَاسِرِيْنَ.

Ya Allah kurniakanlah sepenuhnya taufiq dan hidayahmu terhadap Raja kami Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.

اِنَّ الله يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرْوْهٌ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ.

Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Perak

Tiada ulasan: