07 Ogos 2012

PAS Kota Samarahan Mendesak Penyelesaian Masalah Tapak Pelupusan Sampah

18 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Kota Samarahan - PAS Kota Samarahan telah membuat tinjauan khusus ke tempat pelupusan sampah daerah Kota Samarahan yang menjadi masalah kepada masyarakat sekitar kawasan ini.

Tempat pelupusan sampah ini di bawah tanggungjawab dan seliaan pihak berkuasa tempatan, Majlis Daerah Samarahan. Dari tinjauan yang dilakukan, tempat ini tidak diselenggara dan diurus dengan baik, yang menyebabkan bau busuk dan sampah sarap terbiar begitu sahaja.

Tambah memburukkan lagi keadaan, kawasan ini berdekatan dengan penempatan penduduk tempatan. Antara kampung yang berdekatan ialah Kampung Plaie, Kampung Sungai Batu, Kampung Rembus, Kampung Jegoi dan Kampung Baru.

Menurut penduduk kampong Sungai Batu yang ditemui, masalah bau (akibat tidak diurus drngan baik) ini akan bertambah buruk apabila waktu hujan dan mereka telah menanggung masalah ini sejak 20 tahun yang lalu.

Menurut Abang Ahmad Kerdee (Penasihat Undang-undang PAS Sarawak), yang ditemui ketika tinjauan ini dijalankan menyatakan kekecewaan beliau mengenai pengurusan pusat pelupusan sampah ini yang begitu teruk. Bukan itu sahaja, aktiviti pembakaran terbuka di pusat pelupusan sampah ini memburukkan lagi keadaan.

Penduduk sekitar berharap agar PAS Kawasan Kota Samarahan dapat membawa permasalahan ini ke pihak berkuasa tempatan. Agar penderitaan mereka selama 20 tahun akan berakhir.

Abang Ahmad Kerdee ditemui selepas menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada penduduk di Kampung Baru, yang terdiri dari golongan fakir miskin, ibu tunggal dan warga emas.

Harapan beliau agar sumbangan ikhlas ini dapat mengurangkan bebanan rakyat dalam bulan Ramadan ini. Tambahan Syawal yang bakal menjelang tak lama lagi.

Beberapa penduduk kampong yang ditemui menyatakan kesyukuran dan mengakui bahawa PAS merupakan parti yang telus dan benar-benar bersifat rakyat, sekaligus menepati slogan yang dibawa PAS iaitu Negara Berkebajikan.

Selain itu, menurut salah seorang penduduk kampong yang mahu dikenali sebagi Abon, meminta kepada PAS agar mengajukan kepada kerajaan Barisan Nasional tentang agihan BR1M. Katanya “kalau benar kerajaan Barisan Nasional bersifat membela rakyat, kenapa tidak bantuan ini diberikan setiap tahun. Adakah ini ada kaiatan dengan pilihanraya? Sedangkan Kerajaan Barisan Nasional sudah memerintah lebih 50 tahun.”

pas miri/-

Tiada ulasan: