10 September 2012

71 bangunan rosak akibat gempa bumi di Bogor

23 Syawal 1433H. [MOD] -

JAKARTA — Gempa bumi berkekuatan 4.8 pada skala Richter yang menggegarkan kawasan Bogor pada Ahad mengakibatkan 71 bangunan rosak setakat ini.

Kejadian pada 1.27 pagi semalam yang berpusat di 31 km ke barat daya daerah Bogor mengakibatkan berlaku gegaran kuat sehingga dirasakan sampai ke Taman Nasional Gunung Halimun Salak Sukabumi.

"Daripada data yang diperoleh, sampai sekarang ada 71 unit bangunan yang rosak terdiri daripada rumah penduduk, madrasah dan perkumpulan agama Islam, kesemua bangunan berkenaan rosak ringan,” kata jurucakap bahagian penguat kuasa Majlis Daerah Kabandungan, Nurdin Sopiyan kepada wartawan, pada Ahad.

Nurdin berkata, data awal mengenai kerosakan itu dilaporkan oleh empat desa iaitu Desa Tugu Badak, Cihamerang, Cipeutey dan Kabandungan. — BERNAMA

Tiada ulasan: