27 September 2012

Kenyataan Media : Nafi kenyataan Zambry dalam Oriental Daily


11 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


Berhubung dengan kenyataan Menteri Besar Basrisan Nasinal Perak, Dato" Seri Zambry edisi hari ini dalam akhbar berbahasa Manderin Oriental Daily yang menyebutkan bahawa saya memberi sokongan kepada bantahan kepada kononnya penghinaan Islam oleh ADUN Setiawan, Dato Ngeh Koo Ham.

Dengan ini saya suka untuk memberi kenyataan media seperti berikut :-

1. Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya kenyataan yang saya sifatkan pembohongan yang dilakukan oleh Dr. Zambry bahawa saya menyokong bantahan kepada isu kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh ADUN Setiawan dalam twitternya. Bagi saya kenyataan itu berniat jahat dan mencalar reputasi masyarakat Cina kepada saya yang juga berbangsa Cina.

2. Pada hari Persidangan 25 September lepas memang ada beberapa orang  "pendatang haram" yang berligar diruang legar sekitar bilik kenyataan media dan dewan makan ADUN yang membawa berupa sekeping kertas manila kad meminta tandatangan sebagai membantah dakwaan kononnya ADUN Setaiwan menghina Islam.

3. Saya menafikan,  bahawa saya tidak pernah menurunkan tandatangan kepada kertas yang dibawa oleh "pendatang haram" tersebut kalau itu yang dimaksudkan oleh Dr. Zambry. 

4. Atau apabila saya senyum dan menunjukkan tanda diam bila dia menunjukan pandangannya kepada Setiawan dalam dewan sebelum sidang bermula, itu sebagai bantahan, saya menafikannya kerana saya memberi isyarat demikian sebagai tanda diam kerana isu telah selesai.

5. Saya juga berpandangan isu penghinaan Islam yang di war-warkan adalah isu yang diketengahkan oleh pemimpin BN yang telah kehabisan modal dan tersepit dengan masalah lain yang lebih besar. Kerana itu sentimen perkauman dan agama dijadikan senjata akhir untuk menimbulkan rasa benci dan dengan tujuan memecah belahkan Pakatan Rakyat.

6. Sebenarnya saya telah banyak kali berbincang dengan Dato Ngeh mengenai perkara berbangkit, dan saya berpuas hati bahawa beliau tida ada niat sama sekali untuk menghina Islam sebagaimana yang dihebohkan oleh pemimpin BN . Pesoalan sebenarnya ialah BN sudah ketandusan modal apa lagi kajian terakhir dalam satu tinjauan Universiti Malaya (UM) mendapati sebanyak 42 peratus responden etnik Cina percaya undang-undang Islam itu mampu menjanjikan keadilan kepada semua.

7. Realitinya kenyataan yang dikeluarkan oleh Pemimpin BN lebih terang dan jelas menghina Islam. Termasuklah apa yang pernah dikeluarkan oleh Najib yang mengatakan negara akan huru hara jika undang-undang Islam dilaksanakan. Kenyataan yang bodoh dan tidak bertanggung jawab oleh Presiden MCA yang menghina Islam juga sepatutnya dibantah oleh Dr. Zambry dan pemimpin UMNO yang lain.Realitinya mereka menikus dan menjadi bisu.

Kenyataan Media,

YB. Drs. Khalil Idham Lim
ADUN Titi Serong

Tiada ulasan: