11 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
MIRI - Ramai
penduduk dan pekerja dari syarikat minyak dalam kawasan Lutong mengadu masalah
lorong jalan yang mengelirukan di
persimpangan jalan ke pekan Lutong. Masalah
lorong jalan di persimpangan dari arah Miri Mall yang terus menuju ke pekan
lutong sepatut diberi perhatian oleh pihak yang berkenaan.
Kita
dapati jalan baru dari Miri Mall ke arah pekan Lutong agak mengelirukan
pengguna jalanraya, terutama sekali dari arah pekan Lutong, apabila mereka
hendak keluar dari simpang tersebut terus menuju ke arah Miri Mall terdapat
tiga lorong jalan sedangkan jalan ke pekan Lutong cuma ada dua lorong jalan.
Ini amat
merbahaya sekiranya kereta yang masuk ke arah pekan lutong atau sebaliknya
terus menuju ke arah jalan yang sama pada waktu yang sama. Mungkin bagi
pengguna jalan yang baru sampai ke pekan Lutong akan keliru kerana tiba-tiba
saja dari tiga lorong menjadi dua lorong apabila masuk ke pekan lutong.
Perkara
ini boleh mengakibatkan kemalangan sekiranya pemandu tidak berhati-hati apabila
masuk ke pekan lutong atau sebaliknya terutama sekali waktu malam. Tiada papan
tanda jalan pun kelihatan di persimpangan jalan tersebut.
Kalau
boleh jalan tersebut perlu diseragamkan dengan lorong yang sehala bukan
bertembung dengan lorong dari arah yang bertentangan untuk mengelak kemalangan.
Papan tanda atau tanda arah perlu dipasang dengan segera untuk memudahkan
pengguna jalanraya. Masalah ini perlu
diselesaikan dengan segera untuk mengelak perkara yang tidak diingini berlaku
dalam kawasan persimpangan jalan tersebut.
Jofri
Jaraiee
PAS
Miri, Sarawak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan