11 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
NEW YORK - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengutuk
filem anti-Islam dan keganasan di Asia Barat yang tercetus akibat filem
itu, sambil menegaskan 'tiada ucapan yang boleh menjustifikasikan
keganasan kejam ini.'
Beliau berkata demikian di hadapan perwakilan Perhimpunan Agung
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kelmarin (PBB) dengan menyatakan bahawa
tiada perkataan yang boleh dijadikan alasan untuk membunuh orang tidak
bersalah dan tiada filem yang boleh menjustifikasikan serangan ke atas
pejabat kedutaan.
Obama berkata, filem itu bukan sahaja penghinaan kepada orang Islam, malah menghina AS.
Komen itu dinyatakan oleh Obama selepas protes ganas tercetus di Asia Barat dan Afrika Utara berikutan penyebaran filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad SAW.
Keganasan itu telah membunuh empat orang warga AS termasuk dutanya di
Benghazi, Libya, Chris Stevens dan lebih 50 orang lain. - AP
1 ulasan:
biasala, manusia cuma nampak keganasan physical...
Catat Ulasan