22 Oktober 2012

6 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

Gempa Bumi Lemah Landa Kudat 
 
KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah berukuran 2.9 pada skala Richter melanda Kudat, Sabah pada 8.46 malam Ahad, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Pusat gempa itu adalah 22km selatan Kudat dan gegaran dirasai di seluruh kawasan berkenaan, kata jabatan itu dalam kenyataan.

Di KUDAT, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di sini tidak menerima sebarang panggilan kecemasan berhubung kejadian gempa bumi berukuran 2.9 pada skala Richter yang melanda Kudat.

Menurut bilik gerakan JBPM Kudat, setakat 11.45 malam ini, pihaknya tidak menerima apa-apa panggilan daripada orang awam berhubung perkara itu.

"Kita tidak terima aduan pasal gegaran atau gempa bumi setakat ini," kata pejabat JBPM di sini. -BERNAMA

Tiada ulasan: