22 Oktober 2012

Mati cubaan ketiga

6 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


SIASAT...pasukan forensik memeriksa kereta dinaiki mangsa, semalam.
SIASAT...pasukan forensik memeriksa kereta dinaiki mangsa, semalam. 
 
KUALA LUMPUR: Tak sampai lima meter keluar dari pagar rumahnya, seorang lelaki warga emas mati ditembak dari jarak dekat di depan mata isteri dan pembantu rumahnya dalam kejadian di Jalan Desa Permai, di Taman Desa, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.10 pagi itu, mangsa Foong Yen Chong, 72, yang juga pesara syarikat insurans mati di tempat kejadian selepas satu daripada lima das tembakan dilepaskan seorang lelaki bertopeng mengenai bawah telinga kanannya.

Menurut sumber, pernah berlaku dua kejadian tembakan di rumah berkenaan pada 2009 hingga 2011, bagaimanapun, mangsa tidak cedera.

Katanya, kejadian pertama berlaku antara 2009 atau 2010 apabila seorang individu melepaskan tujuh das tembakan ke arah rumah mangsa.

“Kejadian kedua pada 5 Februari 2011 iaitu hari pertama perayaan Tahun Baru Cina apabila seorang lelaki bertindak melepaskan lapan das tembakan ke arah rumah dua tingkat berkenaan.

sinar harian/-

Tiada ulasan: