22 Oktober 2012

Nelayan diserang gatal-gatal

6 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


Nelayan diserang gatal-gatal
Tee Thay menunjukkan kesan kegatalan yang dialaminya setiap kali turun ke laut bagi melakukan kerja pembersihan perahu.
 
MERLIMAU - Lebih 100 nelayan yang berpangkalan di Jeti Merlimau Pantai, di sini mendakwa masalah kegatalan kulit yang dialami mereka sejak lebih 10 tahun lalu, ada kaitan dengan pembuangan sisa toksid beberapa kilang di Kawasan Perindustrian Merlimau, di sini.

Mereka mendakwa, warna air sungai yang bertukar kehitaman serta berbau busuk sebagai bukti ia tercemar, malah kegatalan kulit menjadi semakin serius setiap kali turun ke air bagi membersihkan perahu masing-masing.

Nelayan, Teng Tee Thay, 67, yang sudah menjadi nelayan sejak lebih 50 tahun lalu berkata, dia sudah mengalami masalah kegatalan kulit sejak lebih 10 tahun lalu.

“Saya sudah tidak tahan lagi dengan masalah ini sebab setiap kali saya mengalami gatal perlu mendapat suntikan ubat, selepas itu baru boleh lega. Kalau tidak, saya sukar tidur malam.

“Kami sudah selalu buat aduan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) tetapi sebarang sebarang tindakan,” katanya yang ditemui Sinar Harian di Jeti Nelayan Merlimau Pantai, di sini.

Bagi Rosli Khamis, 48, sebelum ini pelbagai jenis anak ikan termasuk benih kerang dan kupang bebas membiak di kawasan terbabit, namun kini semua telah semakin pupus, sekaligus menjejaskan pendapatan harian mereka.

“Harapan kita kesemua anak-anak ikan atau udang akan bertelur dan membiak di kawasan hampir dengan pantai tetapi sekarang semuanya berkurangan sehingga memaksa kita para nelayan pergi menangkap ikan lebih jauh.

“Masalah ini juga turut menjejaskan hasil tangkapan kami sehingga 60 peratus menyusut,” katanya.

Turut merasai tekanan itu, Faiman Ismail, 52, yang melahirkan rasa kurang senang dengan keadaan serta bau air sungai di kawasan berkenaan.

“Mereka, pengusaha kilang tidak melepaskan sisa toksid ini setiap hari tetapi ada masa-masa tertentu

“Ada beberapa kali pihak JAS datang melakukan ujian kualiti air tetapi bagi saya tidak kena pada masa. Kawasan yang diambil juga terlalu hampir dengan laut, jadi sudah pasti tidak mendapat bacaan yang tepat,” katanya.

sinar/-

Tiada ulasan: