06 Disember 2012

7 warga asing ditahan berniaga tanpa lesen

22 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR — Tujuh warga asing termasuk lima wanita ditahan oleh Jabatan Imigresen kerana berniaga tanpa lesen dan tiada dokumen perjalanan yang sah dalam operasi bersepadu terhadap penjaja jalanan di sekitar Jalan Bukit Bintang di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Kuala Lumpur, James Musa Singa berkata kesemua mereka berusia antara 18 hingga 40 tahun kini ditahan di Pejabat Imigresen Jalan Duta.

Mereka kini disiasat mengikut Seksyen 6(1)© Akta Imigresen kerana tidak mempunyai dokumen perjalan dokuman yang sah dan di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959 untuk menahan mereka selama 14 hari untuk menentukan status mereka sebelum diusir keluar, katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata operasi bersepadu bersama pelbagai agensi kerajaan termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang melibatkan 34 anggota, bermula 9.30 malam hingga 11 malam tadi, diadakan berikutan aduan yang diterima daripada orang awam.

Kesemua mereka ditangkap terlibat dengan jualan jam tangan tiruan dan didapati aktif sejak pertengahan tahun ini, katanya.

Sementara itu, Pembantu Penguatkuasa DBKL Nordin Mhd Noor memberitahu Bernama sebanyak 500 unit jam tangan telah dirampas daripada peniaga warga asing itu dengan setiap satu dijual pada harga RM100.

— BERNAMA

Tiada ulasan: