11 Disember 2012

Bom jatuh dekat kereta

27 Muharram 1433H. [MOD] -

BERBAHAYA...tempat kejadian berasap selepas bom  tangan diletupkan.
BERBAHAYA...tempat kejadian berasap selepas bom tangan diletupkan.
SIASAT...anggota polis memeriksa kereta suspek untuk mencari bukti.

SIASAT...anggota polis memeriksa kereta suspek untuk mencari bukti. 
 
TAIPING: Nyawa enam anggota polis nyaris melayang apabila seorang pengedar dadah warga tempatan yang cuba diberkas bertindak melontarkan sebutir bom tangan ke arah mereka dalam kejadian berhampiran persimpangan Bukit Merah Lake Town Resort, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, semua anggota polis terbabit terselamat apabila bom tangan yang jatuh berhampiran sebuah kereta peronda tidak meletup.

Sumber polis berkata, kejadian itu berlaku selepas sepasukan anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, terserempak dengan suspek berhampiran Kampung Dew, di sini.

Menurutnya, anggota polis cuba menahan kereta Honda Accord dinaiki suspek, namun pemandunya bertindak agresif dengan melarikan diri ke arah Bukit Merah.

“Sebaik sampai di persimpangan berhampiran Bukit Merah Lake Town Resort, suspek terpaksa memberhentikan kenderaannya berikutan dihalang sebuah kereta peronda polis.

metro/-

Tiada ulasan: