11 Disember 2012

Habibie: Zainudin dangkal, berprasangka keji

27 Muharram 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Zainudin Maidin adalah sosok angkuh (arogan) dan rasis yang merupakan salah satu antara penyebab tercetusnya krisis bilateral membabitkan Malaysia-Indonesia.

“Saya dimaklum dan terkesan dengan serangan jelek oleh Zainudin Maidin ke atas mantan Presiden Indonesia, BJ Habibie (gambar) seperti yang diterbit semalam oleh Utusan Malaysia, akhbar milik Umno,” ujar Ketua Umum PKR, datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan.

Tambahnya, tulisan Zainudin sememangnya diketahui dangkal (mediocre) dan beliau mewakili sosok elit Umno yang berprasangka keji terhadap negara Indonesia.

Menurutnya, ramai sedia maklum tentang latar belakang Zainudin; mantan editor akhbar Utusan Malaysia milik Umno, juga mantan menteri penerangan yang sering menuding jari dan melabel kelompok yang tidak sehaluan dengan Umno sebagai ‘pengkhianat’.

“Zainudin merupakan satu-satunya menteri kanan yang tewas dalam pilihan raya umum lalu kepada calon dari Parti Keadilan Rakyat, justeru kita bisa memahami keresahan, dendam dan motif beliau dalam melancar serangan sebegini,” ujarnya yang juga Ketua Pembangkang.

harakah/-

Tiada ulasan: