17 Disember 2012

Ombak besar: Penduduk PPRT Pengkalan Atap akan dipindahkan

3 Safar 1433H. [MOD] -
BESUT- Penduduk Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Pengkalan Atap, Kuala Besut yang berhadapan dengan ancaman ombak besar pada setiap musim tengkujuh akan dipindahkan ke kawasan baharu.

Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Besut Dr A Rahman Mokhtar berkata buat masa ini projek perumahan bernilai RM10 juta di Kampung Lay Out Tok Saboh itu sedang dalam proses tawaran harga.

Apabila siap kelak, 48 keluarga di PPRT berkenaan akan dipindahkan ke situ, katanya yang ditemui pemberita ketika melawat PPRT terbabit yang dilanda ombak besar pada malam kelmarin.

Dalam kejadian pukul 2 pagi itu, ombak kuat menyebabkan benteng dan jalan di kawasan perumahan tersebut pecah dan rosak teruk, namun tiada kecederaan dilaporkan.- Bernama

Tiada ulasan: