07 Januari 2013

10 menteri baru Mesir angkat sumpah

24 Safar 1433H. [MOD] - Seramai 10 menteri kabinet baru kerajaan Mesir telah mengangkat sumpah dalam rombakan kabinet bertujuan menambahbaikan cara pengendalian ekonomi Mesir yang teruk. Jawatan-jawatan penting yang bertukar tangan pada Ahad lalu adalah menteri kewangan dan dalam negeri, yang mengendalikan polis. El Morsi Sayed Hegazy menggantikan Mumtaz al-Said di Kementerian Kewangan manakala Jeneral Mohammed Ibrahim mengambil alih dari Ahmed Gamal Eddin sebagai Menteri Dalam Negeri. Rombakan tersebut dibuat dengan delegasi pegawai-pegawai Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bersedia untuk bertemu pihak berkuasa Mesir Isnin ini untuk membincangkan pinjaman USD4.8billionn dan penyusunan semula ekonomi. Presiden Mohamed Morsi bertemu dengan menteri-menteri baru selepas mereka majlis mengangkat sumpah dan membincangkan cara-cara untuk memulihkan sektor pelancongan dan menarik pelabur asing. Wartawan Al-Jazeera Rawya Rageh, yang melaporan dari Kaherah, berkata rombakan tersebut bukan merupakan satu kejutan kerana Morsi dan Perdana Menteri Mesir, Hisham Qandil telah bercakap berkenaan perkara tersebut sejak kebelakangan ini. Namun kejutan sebenar adalah pemecatan Eddin Gamal dari Menteri Dalam Negeri. Tetapi wartawan kami melaporkan bawaha menteri tersebut telah dipersalahkan kerana gagal untuk mengawal situasi keselamatan di Mesir. (aljazeera.com) Harakah Daily

Tiada ulasan: