10 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
KOTA BHARU - Barisan Nasional (BN) sewajarnya melaksanakan tujuh projek
mega di Kelantan, yang diumumkan dua hari lalu, awal-awal lagi dan
bukannya hanya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana ia
menunjukkan kerajaan pusat tidak ikhlas.
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu mengadakan tujuh projek mega di negeri itu, yang diumumkan ketika kunjungannya Ahad lalu, umpama rasuah bagi memancing undi rakyat.
"Kalau betul-betul nak buat kena buat sekarang kerana ia sudah menjadi tanggungjawab mereka (pusat) untuk menyalurkan duit untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
"Jika mereka laksanakan sekarang ia langsung tidak memberi apa-apa tekanan atau menggugat sokongan rakyat kepada Pas kerana rakyat sudah tahu pelaksanaannya adalah untuk kebaikan bersama.
Nik Aziz berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Hari Air Kelantan di Pasar Kok Lanas di sini pagi tadi.

SINAR/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan