10 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
Kuala Lumpur: Kebiadaban sekumpulan samseng 'ulat tiket' yang
bergerak aktif di Pudu Sentral, di sini, bagai sampai di kemuncaknya
apabila mereka sanggup membelasah penumpang jika tawaran membeli tiket
bas tidak diendahkan.
Malah, menjadi satu kebiasaan apabila penumpang turut dimaki-hamun kumpulan terbabit sebelum dipukul beramai-ramai.
Tindakan ulat tiket itu didedahkan seorang penumpang hanya mahu
dikenali sebagai Ahmad, 20, yang menjadi mangsa amukan empat samseng
ulat tiket yang menumbuk muka dan membelasahnya selama beberapa minit
gara-gara enggan membeli tiket daripada mereka.
Akibat kejadian itu, dia yang pertama kali membeli tiket di Pudu Sentral kini trauma dan serik untuk kembali ke hentian bas berkenaan selepas kejadian mengaibkan menimpa dirinya yang dipukul hingga cedera di muka dan lebam seluruh badan.

Gambar kiri, tempat mangsa dibelasah ulat tiket. Kanan, Ahmad menceritakan kisahnya kepada wartawan Harian Metro.
Berikutan kejadian itu, dia membuat laporan di Balai Polis Tun H S Lee, di sini.
METRO/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan