22 Januari 2013

Ambiga: SPR tak boleh tunggu hingga RCI tamat

10 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -


 
Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga berkata Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mesti menyatakan perancangannya sekarang untuk membersihkan daftar pemilih ekoran pendedahan baru-baru ini dalam siasatan suruhanjaya diraja (RCI) terhadap pendatang asing di Sabah mengenai kewujudan pengundi haram.

Katanya, memandangkan pilihan raya sudah dekat, maka rakyat perlu tahu perancangan SPR untuk berbuat demikian.

Ambiga menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar di Kuala  Lumpur hari ini.

NONE
Khamis lalu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (kanan) enggan mengulas mengenai pendedahan tersebut sehingga siasatan RCI itu selesai.

Bagaimanapun, Ambiga mengingatkan bahawa sebarang kelewatan mungkin mempunyai kesan yang serius kerana apa yang telah didedahkan dalam siasatan RCI itu boleh berlaku di tempat lain termasuk di Semenanjung Malaysia dan Sarawak.

"Hasil penemuan RCI membuktikan bahawa apa yang telah BERSIH katakan adalah benar. Apa yang berlaku di Sabah sejak lama dahulu juga berlaku di Malaysia Barat sekarang," katanya.

Ambiga merujuk kepada Projek Analisis Daftar Pemilih Malaysia (Merap) yang menurutnya, telah mengesan perkara yang sama (aktiviti haram) dalam daftar pemilih bagi suku keempat tahun 2012.

MALAYSIAKINI/-

Tiada ulasan: