10 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
Johor Bahru: Hanya kerana tidak pandai berbahasa Inggeris, seorang
murid lelaki berusia tujuh tahun dikasari dengan dipercayai digoncang
seluruh badan selain ditolak ke dinding oleh seorang guru lelaki, hingga
jatuh telentang dalam kejadian di kelasnya di sebuah sekolah rendah, di
sini, Isnin minggu lalu (14 Januari 2013).
Dalam kejadian jam 2 petang itu, bapa mangsa yang kebetulan masih
berada di sekolah melihat sendiri kejadian berkenaan sebelum menarik
anaknya pulang ke rumah.
Bapa kanak-kanak itu Noriswan Samad, 30, berkata, pada hari
kejadian dia dan isterinya, Nurul Akma Abu Bakar, 25, menghantar anak
sulung mereka, Muhammad Nur Haikal, ke sekolah terbabit kira-kira jam 1
tengah hari.
“Pada Jumaat (11 Januari) sebelum kejadian, Muhammad Nur Haikal menangis dan mengadu tidak mahu ke sekolah kerana takut didenda guru berikutan tidak boleh bertutur bahasa Inggeris untuk ke tandas selain meminta isteri saya mengajarnya.
“Pada Jumaat (11 Januari) sebelum kejadian, Muhammad Nur Haikal menangis dan mengadu tidak mahu ke sekolah kerana takut didenda guru berikutan tidak boleh bertutur bahasa Inggeris untuk ke tandas selain meminta isteri saya mengajarnya.
NORISWAN
dan Nurul Akma menunjukan laporan polis dan doktor mengenai anak
mereka, Muhammad Nur Haikal yang didakwa dikasari seorang gurunya, Isnin
lalu.
“Pada hari kejadian saya berasa tidak sedap hati dan berpatah semula ke kelas untuk melihat anak, namun tergamam melihat anak saya digoncang seluruh badan beberapa kali, ditolak di kerusi dan dinding hingga jatuh telentang serta diherdik guru itu ‘masukan baju kau dalam seluar bodoh!’.
METRO/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan