21 Safar 1433H. [MOD] -
ALOR GAJAH - Seawal usia 9 tahun, seorang pemuda mula menunjukkan minat
terhadap keunikan ular sebelum dia mula bersahabat dengan 15 ekor ular
tedung pelbagai jenis.
Malah lebih mengagumkan lagi, Salman Fariz Zaharin, 28, dari Segamat,
Johor juga sanggup menjelajah ke negeri lain dengan hanya bermotosikal
untuk memiliki reptilia berkenaan.
Menurutnya, dia sanggup berulang alik dari Segamat ke merata tempat untuk mendapatkan ular tedung selar sebelum diserahkan kepada beberapa pusat pengajian untuk dibuat penyelidikan melalui bisa yang terdapat pada ular berkenaan.
"Ketika saya di sekolah rendah, saya hanya berani bermain dengan ular kecil seperti ular lidi dan daun tetapi apabila menginjak remaja, saya mula memberanikan diri bermain dengan ular lebih besar dan berbisa," katanya.
Salman yang bekerja di Jabatan Pertanian berkata, dia memiliki lesen dan permit dari Jabatan Perhilitan untuk membantu beberapa institusi tertentu termasuk institut pengajian tinggi (IPT) yang memerlukan ular tedung selar.
"Semua ular berkenaan dibekalkan untuk kajian dan penyelidikan. Saya tidak pernah mengambil sebarang upah memandangkan ia hanya hobi sampingan.
"Saya turut menerima jemputan daripada IPT terbabit untuk melakukan penyelidikan terhadap ular tedung selar berkaitan bagaimana bisa ular berkenaan dihasilkan sebelum dikaji dan dijadikan penawar bagi mangsa yang dipatuk ular," katanya.
Menurut anak ketiga daripada sembilan beradik itu, menangkap ular berbisa memerlukan kemahiran dan pengetahuan mendalam mengenai selok-belok ular serta mementingkan keselamatan biarpun dia sendiri belum pernah dipatuk atau dicederakan ular.
“Setiap individu perlu mahir dalam setiap pergerakan dan bahasa ular. Teknik menangkap ular perlu mengikut prosedur betul supaya tidak tersasar kerana ular tedung selar biasanya sensitif dengan pergerakan manusia.
“Contohnya, ketika bermain dengan ular, kita perlu fokus pada ketepatan mata ular kerana bisa ular tedung selar biasanya boleh membunuh dalam masa beberapa saat bergantung pada bisa yang dihasilkan,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Alor Gajah, Leftenan Muda (PA) Hamdan Mohd Saad berkata, dianggarkan hampir 1,000 kes laporan diterima membabitkan spesies ular berbisa dalam tempoh enam bulan pertama tahun lalu.
Menurutnya, pihak JPAM ditugaskan untuk sesi kecemasan dan salah satu objektif pasukan adalah menangkap ular berbisa yang didapati banyak menyusup ke kediaman penduduk atau di mana sahaja hingga mengganggu keselesaan orang ramai.

“Menangkap ular berbisa ini selain ular sawa perlu kemahiran tinggi
selain aspek keselamatan anggota atau individu semasa kerja dilakukan
dan ia perlu dititikberatkan oleh setiap orang,” katanya.
Hamdan berkata, setakat ini belum pernah berlaku insiden semasa kerja
menangkap ular dilakukan membabitkan anggota mahupun orang ramai dengan
penggunaan alat keselamatan khas yang dibekalkan mengikut prosedur
ditetapkan.
“Pihak JPAM sentiasa bekerjasama dengan mana-mana pihak yang berminat mendapatkan ular untuk penyelidikan dan bukannya untuk mendapatkan hasil dari ular yang diperoleh yang dibekalkan kepada individu tidak berlesen," katanya.
Menurutnya, JPAM sentiasa menyokong penuh individu atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memiliki permit dan lesen sah yang tahu selok-belok ular berbisa supaya ia dapat dimanfaatkan kepada sesuatu yang berguna kepada masyarakat.

“Individu mahupun anggota JPAM sendiri dinasihatkan supaya tidak
bermain dengan ular berbisa atau menangkapnya tanpa alat khas dan
pemantauan dari pihak yang lebih mahir kerana ia bakal mengundang
padah,” katanya.
sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan