21 Safar 1433H. [MOD] -

Demikian sedutan ucapan Datuk Seri Dr Rais Yatim sewaktu menjadi
Timbalan Presiden Parti Melayu Semangat 46 pada satu majlis satu ketika
dahulu.
Kini beliau selaku Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
membuat kenyataan yang berbelit-belit berhubung ‘Amanat Haji Hadi’
apabila Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta
diberikan masa satu jam untuk menjelaskan ‘amanat’ itu secara langsung
menerusi TV1 dan TV3.
Di bawah adalah ulasan daripada blog Pejuang Rakyat berhubung perkara itu.

Rais Yatim cakap berbelit-belit. Sekejap macam tu. Sekejap macam ni.
Dulu dia sendiri mencadangkan agar diadakan forum Amanat Hadi dengan
menjemput lain-lain tokoh agama. Kemudian dua orang mufti menolak
cadangan ini. Rais terkial-kial malu. Sekarang buat keputusan batalkan
forum yang dia sendiri cadangkan. Nampaknya Amanat Hadi benar-benar
menghuru-harakan UMNO sekarang ini. Mereka fikir dengan menimbulkan
semula Amanat Hadi, mereka akan mendapat keuntungan besar. Tapi kini
serba tak kena.
Rais sendiri mengakui Radio dan TV merupakan hak rakyat
tapi dia sendiri tak menghayati kata-katanya sendiri. Rais makin gelabah
nampaknya. Lain-lain pimpinan UMNO pun turut gelabah dengan isu Amanat
Hadi ini. Padahal mereka yang bangkitkan semula setelah 30 tahun
berlalu. Biasalah, bila kuasa dalam tangan, boleh buat apa saja., Korang
bandingkan kenyataan Rais Yatim hari ini berbanding sewaktu Rais
menjadi pembangkang tahun 1990 dulu. Lihat video di bawah.
Fikir-fikirkanlah...
harakah/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan