01 Februari 2013

Apa kata tukar nama Akta Perhimpunan Aman?

20 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Memandangkan Akta Perhimpunan Aman mempunyai pelbagai kekangan yang tidak sesuai pada namanya, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata lebih elok kalau akta tersebut ditukar nama.

“Ini kerana syarat dalam akta tersebut tidak menggambarkan semangat dalam akta tersebut seperti larangan membawa kanak-kanak,” katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Tuan Ibrahim berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan polis untuk mencari 14 orang suspek membawa kanak-kanak ketika perhimpunan raksasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) 12 Januari lalu.

“Cari anak orang hilang tak secepat itu,” sindir Tuan Ibrahim.

Selain Tuan Ibrahim, ramai yang mengeluh mengenai tindakan polis yang disifatkan double standard, kerana ibu bapa yang membawa anak-anak ke himpunan yang dianjurkan Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pula diberi 'layanan' yang sama.

Oleh yang demikian, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata eloklah untuk Akta Perhimpunan Aman mengambil nama yang lain.

“Kalau aman, kenapa banyak sangat pantang larang seolah-olah tidak aman,” tambah beliau lagi.

Sementara itu, Naib Presiden PKR Tian Chua mendakwa polis sedang mengikut telunjuk Umno dalam memburu 14 ibu bapa terbabit.

“Ini hanya tindakan terdesak kerajaan dengan mengerahkan polis sebagai orang suruhan. Umno BN tidak akan senang hati melihat rakyat berkumpul di HKR,” kata beliau yang dipetik Suara Keadilan.


harakah/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PR berjaya kePutrajaya pastikan Ketua Kakaitangan yang melanggar perlembagaan yang mereka wartakan hendaklah diturunkan pangkat, kerana tidak layak dalam pentabiran PR.Ketua kerajaan begini akan mengganggu pentabiran PR yang akan dilaksanakan.PR memerlukan pentabiran yang jujur ihklas dan amanah.Ketua kerajaan sekarang sudah cukup dari segi inbuhan yang kerajaan sediakan untuk menjawat jawatan masing masing sebab 1:Gaji (pokok) 2: Alaun rumah 3:Kereta disediakan 4:O/T 5:alaun mesyuarat 6:alaun Perjalanan 7:Sokso 8:Madical (Famaly)Mungkin ada lagi inisitip lain yang disediakan tapi sayangnya mereka masih mengamalkan Rasuah. Akurjanji sebelum memegang jawatam akhirnya memakan diri penjawat awan dalam isu rasuah ini.Penjawat Awam membuat CLIM yang berlebihan yang melanggar syariat islam.Atika kerja yang dilanggar sudah menjatuhkan dari segi hukum Islam yang menyebabkan hasil pendapatan bulanan jadi haram sekaligus duit pencen penjawat awam ini menjadi haram.Islam mengajar dan mendidik umatnya beratika dalam semua bidang kehidupan yang menjadikaqn kita digelar Khalifah.Ilmu yang kita ada akan dipersoalkan.Masa yang ada juga akan dipersoalkan.Kudrat/tenaga yang kita ada juga akan dipersoalkan,harta yang kita milik juga akan dipersoalkan,Maka sebagai uamat yang mengaku Islam harus baginya melakukan sesuatu kerja itu seiring solat.