08 Februari 2013

Berjasa mahu tanding 90 kerusi PRU 13

27 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -




(Sidang media yang dibuat oleh Berjasa hari ini)

KUALA LUMPUR: Berjasa akan meletakkan calonnya di 90 kerusi dalam pilihanraya umum ke 13 ini, kata Presidennya, Sultan Abdul Kadir dalam sidang media hari ini.

Dari 90 kerusi itu, 50 adalah kerusi Parlimen dan 40 lagi kerusi Dewan Undangan Negeri.

"Kita tidak mensasarkan untuk mengambil alih pentadbiran negara tetapi cukuplah sekadar menjadi kuasa ke - 3 sahaja," kata Sultan dalam sidang media di sebuah hotel hari ini.

Menurut maklumat, Berjasa akan meletakkan calon-calonya yang beragama Islam di kerusi BN atau Pakatan Rakyat meletakkan calon bukan Melayu di kerusi yang majoriti Melayu.

Berjasa adalah parti serpihan dari PAS yang ditubuhkan oleh Datuk Mohamad Nasir dan Ibrahim Ali ketika krisis berlaku di Kelantan pada tahun 1978.

Ekoran itu, Berjasa bersama BN telah berjaya membentuk kerajaan di Kelantan dengan menjatuhkan kerajaan PAS sebelum itu.

Namun selepas itu, Mohamad Nasir menyertai PAS semula dengan Ibrahim Ali melompak ke sana sini.

Pada PRU 1990, Berjasa bersama Hamim menyertai PAS dan Semangat 46 membentuk Angkatan Perpaduan Ummah.

Kini menjelang PRU 13, dengan pimpinan yang kurang dikenali dalam dunia politik, Berjasa kembali bersuara.

harakah/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pasti smua calon berjasa hilang deposit lbh baik guna wang itu kerja umrah