08 Februari 2013

Yazid Sufaat dituduh terlibat aktiviti keganasan

27 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -


AMPANG: Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat  hari ini dituduh di bawah seksyen 130G (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) di Mahkamah Majistret Ampang kerana disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan.
Yazid dituduh melakukan kesalahan menjalankan pelakukan perbuatan keganasan dengan niat untuk memajukan suatu tujuan ideologi, dan perbuatan tersebut boleh semunasabahnya dianggap sebagai diniatkan untuk mengugut orang awam di Syria.

Pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Zulyana Zulkipli.

Yazid dituduh melakukan perbuatan itu di alamat DL 11, Taman Bukit Ampang, Lorong Mutiara 2, Lembah Jaya, Ampang.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan denda.

Kes akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Yazid ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) di Kantin Mahkamah Tinggi Jalan Duta jam 12.30 tengah hari semalam.

Isteri Yazid, Chomel Mohamad turut hadir ke mahkamah ditemani seorang anak perempuannya.

Beliau kelihatan tenang sepanjang menunggu Yazid dibawa dari Mahkamah Jalan Duta dan sewaktu pertuduhan dibacakan.

harakah/-

Tiada ulasan: