08 Februari 2013

Deepak cabar Rosmah letak jawatan dari Bakti

27 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Saudagar permaidani, Deepak Jaikishan mencabar bekas rakan perniagaannya, Datik Seri Rosmah Mansor agar melatakkan jawatannya sebagai Yang Dipertua Bakti hari ini juga.

Langkah ini perlu untuk menjaga nama baik Bakti ekoran pelbagai skandal yang sedang dihadapi Rosmah.

"Dia boleh teruskan sebagai penasihat Pandu Putri kerana ia tidak akan jejaskan nama baik negara," kata Deepak dalam kenyataannya.

Bakti adalah Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) yang dipimpin Rosmah.

Deepak sebelum ini adalah rakan perniagaan  Rosmah yang berjalan di Rumah Perdana Menteri selama 7 hingga 8 tahun.

Deepak mendedahkan, beliau telah membuat pelbagai jenis perniagaan yang dirancang Rosmah untuk memberikan wang kepada Rosmah.

Antara arahan Rosmah yang terpaksa beliau lakukan adalah membantu Najib memaksa penyiasat persendirian P Balasubramaniam membuat akuan bersumpah kedua yang menafikan sama sekali akuan bersumpah pertama yang dibuatnya.

Deepak mengaku beliau terlibat memujuk Balasubaramaniam untuk membuat SD 2 itu atas arahan Rosmah.

Bagi Deepak, Umno dibawah Najib telah lumpuh sepenuhnya.

"Para menteri perlu mendesak agar segala dakwaan ke atas Najib ini disiasat atau menjadi sebahagian dari 'Lame Duck' kabinet yang diketuai oleh 'Sitting Duck PM," kata Deepak.

Lame Duck adalah istilah yang digunakan untuk ahli politik yang menjadi alat sahaja dan sudah sampai kepada penghujungnya dalam keadaan semua sudah tahu sudah ada penggantinya.

Deepak memberikan tiga kes utama yang perlu disiasat iaitu skandal penjualan tanah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), pembunuhan Altantuya Shariibuu dan penjualan tanah tapak lapangan terbang tentera Sungai Besi.

harakah/-

1 ulasan:

Sabina45 berkata...

Kenapa boleh jadi bagi ni semua rahsia kerja buat PM dan isterinya Rosmah boleh diketahui oleh seorang saudagar karpet,apakah bagitpu ampuh sekali kelakuan kelayak isteri seorang PM meminta batuan kewangan dari seorang peniaga hanya kerana kuasa yang ada ditangan suami. Kenapa tiada tindakan diambil setelah bagitu banyak dakwaan yang tidak mengenangkan ini didedahkan,apakah polis telah bisu dan pekak dek kerana Najib dan Rosmah ada kekebalan dari undang-undang. Bertindaklah sebelum rakyat membuat sesuatu.