19 Mac 2013

Gambar fitnah: Anwar akan saman Papagomo

7 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memfailkan saman ke atas blogger pro-Umno, Papa Gomo berhubung penyebaran gambar fitnah berunsur lucah di internet yang didakwa menyerupainya.

Peguam kepada Ketua Pembangkang itu, N Surendran dalam satu kenyataan berkata, surat tuntutan telah dihantar kepada bloger Papa Gomo.

Menurut Surendran, Anwar menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris, pemilik blog Papa Gomo sebagai individu bertanggungjawab menyebar gambar fitnah tersebut.

Katanya, dalam surat itu Anwar menuntut Papa Gomo menarik balik tuduhan berniat jahat itu, meminta maaf dalam tempoh 48 jam bermula hari ini, dan membayar ganti rugi sebanyak RM100 juta. 

Surendran yang juga Naib Presiden PKR berkata, laman web Papa Gomo menyiarkan gambar palsu dan tuduhan keras terhadap Anwar dalam usaha untuk mengaitkan Ketua Umum PKR itu ke dalam satu lagi video seks yang direka. 

Anwar dalam Twitternya hari ini turut mengesahkan tindakan mahu menyaman bloger tersebut.

“Saya telah arah pasukan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas blogger pemfitnah yang mempunyai kaitan rapat dengan Umno,” katanya.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: