20 Mac 2013

Kurang lima minit

8 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Kurang lima minit

Polis membuat pemeriksaan pada meja pameran barang kemas yang dilarikan lima penjenayah bersenjatakan pistol dalam kejadian di Bukit Pasir, semalam.
MUAR - Pemilik sebuah kedai emas kerugian kira-kira RM1,000 selepas premisnya dirompak sekumpulan penjenayah bersenjatakan dua pucuk pistol dalam kejadian di pekan Bukit Pasir dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11.50 pagi itu, lima penjenayah bertopeng meluru masuk ke kedai tersebut sebelum memecahkan cermin pameran barang kemas menggunakan penukul besi.

Saksi kejadian yang hanya dikenali Chan, 40-an, berkata, ketika kejadian tiada pelanggan di premis itu, melainkan anak pemilik kedai tersebut.

Menurutnya, ketika itu dia sedang minum kopi di sebuah kedai makan berhadapan  kedai emas tersebut.

“Tiba-tiba, saya nampak tiga lelaki bertopeng meluru masuk dalam kedai itu, seorang rakan mereka tunggu di luar dan seorang lagi dalam kereta.

“Selepas ambil barang kemas, semua suspek melarikan diri menggunakan sebuah kereta yang diletakkan berhampiran kedai,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya lagi, kejadian berlaku kurang lima minit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, pihaknya menemui kereta suspek ditinggalkan di sebuah kedai kira-kira satu kilometer dari pekan itu. Mereka menaiki kenderaan lain sebelum merompak.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang ada di kedai berkenaan untuk mengenal pasti  identiti suspek.

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil untuk memberikan maklumat dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sinar/-

Tiada ulasan: