04 Mac 2013

Sidang Parlimen elak sumber tidak rasmi

21 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: PAS sekali lagi mendesak agar sidang Parlimen diadakan segera bagi memberikan maklumat rasmi kepada rakyat.

"Selagi persidangan khas ini, rakyat terdedah dengan pelbagai sumber tidak rasmi," kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat dalam kenyataannya hari ini.

Malam tadi, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengumumkan enam anggota polis terbunuh dalam satu serang hendap di Semporna.

Anggota keselamatan negara yang terkorban dalam kejadian itu ialah:

1. Superitenden Ibrahim Lebar - Cawangan Khas, Bukit Aman

2. ASP Michael Padel - Cawangan Khas, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Semporna

3. Sarjan Baharin Hamit - Cawangan Khas, Ibu Pejabat Kontingen (IPK) Sabah

4. Sarjan Aziz Sarikun - Batalion 14, Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau

5. Koperal Salam Togiran - IPD Tawau

6. Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran - Batalion 14, PGA Tawau

Sehubungan itu PAS merakam ucapan takziah di atas kematian enam anggota polis dalam kejadian serangan hendap oleh penceroboh di Sempourna, Sabah, kata Tuan Ibrahim (gambar).

Kejadian malang ini, kata beliau, sesuatu yang mendukacitakan dalam usaha pelbagai pihak untuk mengelak pertumpahan darah di sana.

Antaranya  pelbagai usaha dibuat bagi mencari jalan agar mereka boleh meninggalkan negara ini secara aman.

Namun serangan hendap pasukan penceroboh mengakhiri episod rundingan dan sebagai sabuah negara merdeka, Malaysia berhak untuk mempertahankan wilayahnya.

"Kepada seluruh pendokong parti, PAS mengesa ahli mendirikan solah hajat bagi mendoakan keamanan dan pencerobohan ini dapat diselesaikan segera," katanya.


 harakahdaily/-

Tiada ulasan: