04 Mac 2013

Lebih 3000 hadir Rumah Terbuka Tahun Baru Cina PR Kuala Kangsar


21 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


KUALA KANGSAR : Kemeriahan sambutan Hari Raya Cina dikongsi bersama masyarakat berbilang bangsa dan agama dalam Program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Pakatan Rakyat Parlimen Kuala Kangsar semalam.

Dianggarkan lebih 3000 orang telah hadir dalam program yang diadakan diperkarangan Pejabat PAS Kuala Kangsar dari jam 2.30 petang hingga 5.00 petang di sini.

Program tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ahli Parlimen Bukit Gantang yang juga mantan Menteri Besar Perak, YB. Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin. Selain itu hadir sama Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, YB. Kulasegaran, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat, Sdr. Hu Phang Chao, ADUN Bercam, YB. Sum Chiok Leng, ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Hj. Razman Zakaria, YDP PAS Kawasan Kuala Kangsar, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al Hiss, Ketua Wanita KeAdilan Perak, Pn. Fatmawaty Salem dan. Ketua Cabang PKR Kuala Kangsar, Tun Ali bin Tun Hamzah

Disamping menikmati hidangan pelbagai juadah yang disediakan, majlis diserikan dengan ucapan tetamu yang hadir dan pertunjukan tarian singa dan mercun.
























Tiada ulasan: