05 Mac 2013

Tentera Syria lancar serangan besar-besaran

22 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

BEIRUT - Tentera Syria semalam melancarkan satu serangan besar-besaran di beberapa kawasan yang dikuasai kumpulan penentang di pusat bandar Homs, kata kumpulan Pemantau Hak Asasi Manusia Untuk Syria.

Menurut kumpulan itu, serangan tersebut dilakukan selepas sekurang-kurangnya 264 orang telah terkorban di negara berkenaan pada Ahad lalu.

"Serangan ini merupakan pertempuran yang paling teruk pernah berlaku pada bulan ini," kata kumpulan tersebut.

Kumpulan penentang bertempur dengan tentera Presiden Bashar Al-Assad sejak Mac 2011.
Lebih 70,000 orang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran itu.

Para penentang yang terdiri daripada penduduk tempatan itu mahu menggulingkan Bashar yang didakwa gagal membawa pembaharuan dalam bidang pentadbiran selepas kebangkitan penduduk berlaku di Tunisia, Mesir dan Libya. - Agensi

Tiada ulasan: