16 April 2013

34 korban serangan bunuh diri

5 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

34 korban serangan bunuh diri
Orang awam menyelamatkan mangsa di hadapan mahkamah Mogadishu.
NAIROBI - Seramai sembilan komando melancarkan serangan nekad dengan meletupkan diri sewaktu dalam perjalanan ke kompleks mahkamah di Mogadishu, kelmarin.

Menurut pegawai, penyerang bertindak melepaskan tembakan rambang menyebabkan sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh sementara lima penduduk awam dilaporkan maut dalam letupan bom berasingan.

"Pasukan keselamatan Kesatuan Afrika, Polis Kebangsaan Somalia dan polis tempatan telah menutup bangunan mahkamah tersebut. Setakat ini, angka korban adalah sebanyak 29 penduduk awam, sembilan militan Shabab dan seramai 58 orang dilaporkan cedera," katanya.

Sementara itu, lagi lima orang turut terbunuh dalam satu serangan berasingan membabitkan letupan bom kereta terhadap pasukan konvoi bekalan bantuan penduduk Turki. - AFP

Tiada ulasan: