25 April 2013

Debat temukan calon PAS, BN Gombak Setia

14 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Gombak akan menganjurkan satu debat politik menemukan kedua-dua calon PAS dan BN bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Gombak Setia.

Ketua Pemuda PAS Gombak Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata, surat jemputan kepada kedua-dua calon telahpun dihantar.

Calon PAS bagi Dun Gombak Setia adalah Hasbullah Ridzwan manakala calon BN, Datuk Said Anuar Said Ahmad.

Menurut Syarhan, program debat itu akan diadakan pada 29 April ini bermula jam 9 malam bertempat di Dewan Beringin, Taman Sri Gombak.

Kedua-dua calon ujarnya akan berdebat atas tajuk cadangan iaitu 'Agenda Gombak Setia'.

"Dalam program ini, kedua-dua calon akan diberikan pentas dan masa yang adil dan saksama untuk membentangkan agenda dan manifesto masing-masing sekaligus memperkenalkan diri mereka," katanya.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: