25 April 2013

Letupan di Nibong Tebal: Tiga Supsek Ditahan

14 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
GEORGE TOWN: Polis telah menahan tiga suspek dipercayai terlibat dalam kejadian letupan berhampiran dengan tempat ceramah Barisan Nasional (BN) di Nibong Tebal pada Selasa.
Ketiga-tiga lelaki berkenaan, berusia antara 25 hingga 41 tahan itu ditahan di George Town, Bukit Mertajam dan selatan Seberang Perai.
"Kami sedang menjejaki beberapa orang lagi, kita percaya mereka datang daripada kumpulan yang sama," kata jurucakap polis Pulau Pinang, Assiten Komisioner Roslee Chik.
Beliau berkata salah seorang daripada suspek yang ditahan mempunyai rekod memiliki bahan letupan.
Di Kluang, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau telah mengarahkan pihak polis dan Rela untuk meningkatkan jumlah anggota di tempat ceramah bagi mengelakkan daripada sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.
"Kita tidak akan membiarkan keganasan dan aksi melampau oleh sebahagian daripada mereka yang tidak bertanggungjawab kerana cuba mewujudkan ketidakstabilan, terutamanya ketika hampir dengan pilihan raya," katanya.
mStar/-

Tiada ulasan: