30 April 2013

Tokoh masuk PAS kuatkan gelombang kebangkitan rakyat

19 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Gelombang kemasukan tokoh-tokoh masyarakat serta bekas pemimpimpin Umno ke dalam PAS mutakhir ini satu perkembangan baik untuk mengemudi gelombang kebangkitan rakyat menjelang pembuangan undi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei ini.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Datuk Harun Taib berkata, perkembangan itu juga menunjukkan bahawa PAS terbuka menerima sesiapa sahaja yang mahu bersama untuk memperjuangkan prinsip keadilan seperti dituntut agama Islam.

"Kemasukan bekas-bekas pimpinan Umno ke dalam PAS amat dialu-alukan, saya mengucapkan syabas kepada bekas pimpinan umno yang berani membuat keputusan untuk melakukan perubahan untuk masa depan umat Islam dan rakyat Malaysia.

"Ianya merupakan petanda baik untuk gelombang rakyat menjelang hari pengundian 5 Mei nanti," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kemasukan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib yang telah menyerahkan permohonan menjadi ahli kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang minggu lalu.

Selepas daripada itu seorang lagi tokoh masyarakat Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir. Ismail Samion, bekas Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) menyerahkan borang keahlian permohonannya kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

"Dalam sejarah Islam, Khalid ibnu Walid dianggap sebagai wira walaupun sebelum itu mempunyai haluan dan prinsip akidah yang berbeza dengan Rasulullah s.a.w.

"Akhirnya beliau memberikan sumbangan yang besar kepada Islam, itulah Islam yang sebenarnya yang senantiasa berlapang dada dengan tangan yang terbuka menerima sesiapa sahaja yang bersedia untuk berkhidmat untuk Islam," tegas beliau.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: