06 Mei 2013

Anwar: Himpunan 8 Mei untuk bantah 'penipuan'

25 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru kepada penyokongnya untuk hadir ke Stadium Kelana Jaya Rabu ini bagi menyatakan bantahan ke atas penipuan yang didakwa dilakukan dalam pilihanraya 5 Mei.


"Saya akan menjemput rakyat buat pertama kali selepas pilihan raya umum pada Rabu ini di Stadium Kelana Jaya pada jam 8.30 malam. Saya menyeru semua rakyat Malaysia untuk bersama dan nyatakan penolakan kita terhadap penipuan dalam pilihan raya yang dilakukan SPR dan Datuk Seri Najib Razak. 



"Gerakan untuk perubahan tidak boleh dihalang. Permintaan rakyat untuk memiliki pilihan raya yang bersih dan adil bagi memastikan kerajaan yang  kita pilih bertanggungjawab, telus dan tiada rasuah akan terus bergema kuat di sebalik keputusan Pilihan Raya Umum ke-13," katanya dalam satu kenyataan.


Anwar berkata, beliau juga akan bekerjasama dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) bagi memastikan sebuah SPR yang baru dan bebas ditubuhkan bagi menangani penipuan dalam pilihan raya. 


Katanya, beliau juga akan berusaha bagi mendapatkan sokongan rakyat untuk mempersoalkan kesahan kerajaan yang dibentuk oleh BN.



"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertanggungjawab kerana bersubahat dalam penipuan pilihan raya yang paling buruk dalam sejarah kita. Perjuangan untuk pilihan raya yang bersih dan adil kekal sebagai satu perjuangan yang penting bagi mana-mana rakyat Malaysia. 



"Saya akan memberi sepenuh masa dan tenaga saya bersama BERSIH dan rakyat Malaysia untuk memastikan SPR yang baru dan bebas ditubuhkan secepat mungkin untuk membetulkan penipuan pilihan raya.



"Kita tidak boleh membenarkan diri kita menerima keputusan pilihan raya melalui penipuan dan menipu. Hati saya akan bersama dengan setiap rakyat Malaysia yang tidak menerima keputusan ini. Saya akan berusaha ke arah konsensus kebangsaan untuk mempersoalkan kesahihan kerajaan BN yang dicapai melalui penipuan pilihan raya itu," katanya lagi. 

Malaysiakini/-

16 ulasan:

akupun blog berkata...

tak payah buang masa lah...
segala himpunan,ceramah,rally, semuanya tak guna, jika tidak dapat ditransform kpd kertas undi...semua sia sia..

kalau dizahir pada kertas undi sekalipun tiada guna...ditipu pulak dengan cara kotor, sebetulnya sistem demokrasi ini membuat aku hilang yakin..

Unknown berkata...

Insya Allah kalau ada reski akan turun bsama DSAI

Awanama berkata...

dah kalah salahkan pengadil..keh..keh...keh....

Awanama berkata...

sokong DSAI...inikalilah

مهمد شفاريز berkata...

Hey,

I just signed the petition "United Nation: Voting Fraud in the Malaysian GE13 calls for world invigilation." and wanted to see if you could help by adding your name.

Our goal is to reach 200,000 signatures and we need more support. You can read more and sign the petition here:

http://www.change.org/petitions/united-nation-voting-fraud-in-the-malaysian-ge13-calls-for-world-invigilation?share_id=oiQRCgoCJC

Awanama berkata...

as salam...pada semua pendokong PR.Disini izinkan saya meluahkan pandangan saya atas kekalahan kita dlm pertempuran pd pilihanraya ke
13 yg lalu.saya terima kekalahan itu dgn hati trebuka,saya akur.1.saya terpanggil meluahkan apa yg terbuku dihati ini bila mana saya melihat komen2 pro dan kontra atas kegagalan kita menawan putrajaya.sedih saya melihat tulisan dan komen dgn penggunaan tatabahasa yg kurang
sopan dan pedas.bertanya saya pd diri ,inikah budaya,perwatakan kita
yg kononnya pejuang hak2 rakyat dan agama.jika ini sikap kita,tak ada bezanya kita dgn lawan..inikah yg tuan tuan nak pertontonkan pd rakyat????ambil lah sikap Rasulullah S.A.W sebagai pedoman kita dlm menyampaikan sesuatu pd masyarakat.
2.Ini pandangan saya atas kegagalan kita memenangi PRU ke 13,saya melihat kekalahan in dr sudut lain,pd saya kegagalan ini bukanlah krn
penipuan SPR atau kekuatan BN sebagai faktor utama tetapi kelemahan i] strategi kita dr segi penyampaian ideologi[manifesto] pd akar umbi dan masyarakat terutama diluarbandar
ii]Tiada keseragaman dr segi komen yg dikeluarkan dan penyampaian maklumat pd masyarakat.
iii] Paling saya kesalkan adalah alasan2 basi yg dimomokkan dan di ulang sebut pd setiap kali kita kalah dlm PRU.Asyik dgn alasan penipuan pihak lawan tapi pernahkah kita fikirkan mekanisma yg berkesan dan seragamkan implementasinya ddlm menghadapi tipu helah lawan.bukan Hanya setakat membuat gesaan pd SPR atau buat perhimpunan TETAPI kita perlu ada mekanisma mengekang strategi pihak lawan sebelum,dihari dan selepas pengundian.Kita ada ramai cerdik pandai.duduklah berbincang;cipta satu mekanisma dan seragamkan impementasinya.FIKIR FIKIRKANLAH SUDAH 13 KALI PR PIHAK LAWAN SELESA DGN STRATEGINYA TAPI KITA????

Awanama berkata...

saya menyokong penuh kenyataan saudara anuar ibrahim supaya kita keluar beramai ramai bagi membantah penipuan PRU13 ini,kerana sampai bila kita sebagai rakyat Malaysia harus tunduk membisu bila kita dipermainkan oleh pemimpin yang korup macam ini,sehingga mereka dengan berani mengeluarkan kenyataan bahawa rakan mesra BN pun ada menaja penerbangan khas buat pengundi pengundi HARAM ini,kita perlu melakukan perubahan demi generasi kita yang akan datang,masih belum terlambat walaupun sudah banyak hak hak rakyat yang telah tergadai..

Awanama berkata...

Salam semua...Saya tertarik dengan ulasan daripada Tuan Guru/Presiden PAS berkaitan dengan PRU13 ini yang secara terang dan jelasa serta mempunyai makna pengertian mendalam sebagai seorang pejuang Islam yang tulin.Perlu kita semua yang menganggap sebagai seorang pejuang berjuang secara Sunnah Rasullullah S.A.W. Ini tak asyik2 nak guna cara2 Yahudi dalam menunjukkan ketidakpuasan. Saya bersetuju dengan sahabat di atas yang memberi saya satu pandangan lebih realistik.

Ahmad Razali berkata...

Bukti dakwat kekal terang2an SPR dah menipu.. inikan benda2 lain.. lagi lah kuat menipunya..


Awanama berkata...

Syorkan lilitan hitam dipakai pada lengan tangan sebagai tanda protes rakyat hari Rabu ni. exposekan penglibatan TNB dalam blackout yang dialami beberapa negeri

Awanama berkata...

Ya betul memang sial kat lembah pantai nasib baik pkr sedar time blackout ada peti cuba di seludup kat dewan dan dapat rampas itu yang buat bn jadi gila dan merusuh kat sana sama kat jempol pun blackout juga isa katik memang kalah kat aisyah

Awanama berkata...

Suara rakyat perlu disampaikan. Sememangnya ada unsur penipuan yg disaksikan oleh org ramai. Report polis dh dibuat. Adkh polis dh siasat dr mana dtgnya bangla ber'ic' biru di lembah pntai? Ini kalilah kita beramai2 menunjukkan kbnrn...

Awanama berkata...

cara terbaik untuk elak penipuan,penguni hendaklah istiharkan calon pilihan depan calon2/wakil yg bertanding.Lepas tu cat muka pengundi sebagai tanda mereka telah mengundi.

jab sp berkata...

walaupun sedar ditipu (ditipu bukan bermakna pengundi hantu saja tetapi lihatlah juga cara umno memperkudakan jentera kerajaan dan media utama)mereka berupaya mengelak diri dari menyokong saranan DSAI dengan alasan terimalah ketentuan takdir...sebabnya MEREKA SUDAH MENANG DANG SEDANG MENUNGGU ELAUN YANG AKAN TIBA DISAMPING TERINGIN TERUS DIPANGGIL YB.Apa yang cuba diusahakan olih DSAI adalah REFORMASI SPR yang merupakan dalang utama pada semua kekalutan yang berlaku daam PRU13 ini

Awanama berkata...

Hidup DSAI

Awanama berkata...

Pengundi BN (Brainless Naive)

BN menang disebabkan pengundi luar bandar yang tidak mendapat informasi melalui media sosial. informasi hanya dari tv dan surat kabar perdana. Otak di tarbiah sejak 2010 oleh TV PRO BN. Imagine saban hari saban minggu saban bulan dan saban tahun di tarbiah oleh pengadu domba dari hampir semua saluran TV.

Kamu semua memang BN (Brainless and Naive), yang aku tak faham dengan kamu ni dah lah tak berapa nak berada, orang bagi tol free pilih nak bayar, orang nak turun harga minyak awak pilih naik harga minyak, orang nak bagi PTPN free awak pilih nak bayar, orang nak bagi kereta lebih murah awak pilih bayar lebih, ini tak masuk GST dll.

Bertambah kaya lah puak tu nanti. Tak kan kamu semua masih tak percaya terlalu banyak kes yang terang lagi tersuluh, (NFC, Scorpene, LRT extention, altantunya, dll) Kamu fikir logik ke orang bunuh orang tanpa motif, masuk negara tanpa rekod dan macam2 lagi.

Cuba guna otak tu sikit, tokoh agama macam Harun Din dan Tuan Ibrahim bertanding di kampung orang Islam seperti kamu tapi kamu singkirkan . . Di zaman Khulafa' ketua pentadbir negara adalah imam yang sentiasa mengimamkan sembayang lima waktu. Tak kan kamu nak suruh Bang Najib jadi imam setelah orang2 agamawan kamu singkirkan.

Konon2 takut dijajah DAP, tapi bila orang China beralih kepada DAP tau pulak nak mengemis supaya ada orang China dalam kabinet. PM tuduh pulak DAP tertipu dengan dakyah PKR & PAS. kamu kena faham DAP ke, MCA ke UMNO ke sama jer kecuali Islam. Itu sebabnya Rasullah kata yang macam UMNO (Asobiah) tu bukan dari kalanganNya.