KUALA LUMPUR, 6 Mei — PKR masih lagi belum memutuskan sama ada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan kekal sebagai menteri besar, kata pemimpin parti itu hari ini.
Faekah Husin, yang merupakan setiausaha politik Abdul Khalid berkata kepada The Malaysian Insider parti akan membuat keputusan berhubung perkara itu selepas perbincangan dengan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR).
“Tan Sri telah berkata kita akan bermesyuarat dahulu. Ia hanya akan ditentukan dalam masa satu dua minggu lagi,” katanya.
Sebagai pengarah pilihan raya Selangor, Abdul Khalid memimpin PR untuk mengekalkan Selangor dalam Pilihan Raya pada 5 Mei dengan 44 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), lebih lapan daripada Pilihan Raya 2008.
PKR, bagaimanapun hanya memenangi 14 kerusi berbanding DAP dan PAS, kedua-duanya memenangi 15 kerusi walaupun pemerhati berpendapat kemenangan itu sebagai refleksi kepada sokongan terhadap menteri besar sepenggal itu.
The Malaysian Insider/-
1 ulasan:
Suruh Azmin jadi sebab dulu terhegeh-hegeh sangat nak jadi..... Tapi aku salute Tan Sri Khalid sebagai Panglima Perang sebab berjaya dengan cemerlang tambah kerusi PR....
Catat Ulasan