06 Mei 2013

Idham Lim: Memperjuangkan kebenaran dan agama Allah, itulah kemenangan yang sebenarnya

25 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
Berhubung dengan keputusan rasmi PRU13 P067 Kuala Kangsar dimana saya mendapat 13,136 undi dan calon BN-Wan Mohammad Khair-Il Anuar Bin Wan Ahmad mendapat 14,218 undi dan BEBAS-Kamilia Binti Ibrahim mendapat 447 undi. Beerti kemenangan berpihak kepada BN dengan  majoriti 1082 undi.

Saya dengan berbesar hati menerima keputusan tersebut dan juga berharap kepada semua penyokong PAS dan Pakatan Rakyat menerimanya sebagai satu lumrah dalam pertandingan. Sebenarnya perjuangan kita memperjuangkan kebenaran dan agama Allah, itulah kemenangan yang sebenarnya.

Alhamdulillah kita sama-sama bekerja keras untuk P67 Kuala Kangsar, N34 Bukit Chandan dan N35 Manong, namun ketentuan dari Allah wajib kita terima dgn tenang dan sabar, perjuangan mesti kita teruskan, jangan kecewa dan putus asa. 

Semoga curahan tenaga, wang ringgit, doa dan keringat dengan ikhlas akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda disisi Allah jua.

Terima kasih dan tahniah dengan usaha gigih dan semangat juang yang tinggi semua pihak.



15 ulasan:

Awanama berkata...

Salam YB,

Pada saya Tuan tetaplah YB kepada kami. Jaga kesihatan. Insya Allah PRU-14 milik Tuan.

Sabarlah di atas kekalahan ini. Sesungguhnya hanya di sisi Allah segala amal baik di ambil kira.

Yang benar,

Rakyat Selatan Malaysia

Awanama berkata...

Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sekali-kali tidak akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan tidak mereka masuk surga, hingga unta masuk ke lubang jarum . Demikianlah Kami memberi pembalasan kepada orang-orang yang berbuat kejahatan. 7-40

Teruskan perjuangan menegakkan kebenaran selagi di berikan nyawa oleh Allah.

BumiPerak berkata...

Drs Idham kalah disebabkan undi rasuah.. saya nampak sendiri ramai berkumpul dihadapan Pejabat UMNO Kuala Kansar dapatkan habuan.

Awanama berkata...

Tahniah YB. Kami Bersama Ustaz.Idham..

Awanama berkata...

menang kalah adat bertanding..mohon diupdatekan status "Projek Darul Anwar" di titi serong.

Awanama berkata...

Saya kagum dgn saudara kerana bersikap terbuka dlm menerima kegagalan. Saya percaya sesuatu yg berlaku pasti ada hikmah yg tersembunyi

Nur Ikhsan berkata...

Kalau ada umur yang panjang, saya nak Drs. Khalil menjadi calon kami lagi untuk Kuala Kangsar.

Awanama berkata...

Assalamu'alaikum YB

Benar YB, kemenangan tetap di sisi ALlah swt
selagi kita berjuang hanya keranaNya, dan
untukNya. Mari kita teruskan perbaiki diri
dan ajak orang lain kepada kebaikan.

Wassalam

Awanama berkata...

kekalahan yb pd kiraan penipuan sebenarnya yb menang,teruskn usaha yb kami berada d belakang yb

Awanama berkata...

walau sebijak mana perancangan manusia,perancangan ALLAH adalah yg terbaik, teruskan perjuangan yb,

bijan berkata...

Saya salah seorang yg pulang ke Kuala Kangsar untuk mengundi YB. Saya boleh terima keputusan ini YB TETAPI saya tidak menerima penipuan ini.

Redha dengan keputusan tetapi tidak redha dengan penipuan.

Awanama berkata...

saya juga slah seorg pengundi parlimen kuala kangsar..utk PRU 14 harap YB dpt bertanding di Parlimen Kuala Kangsar..teruskan perjuangan YB..kami bersama anda..

Awanama berkata...

Putra Chandan

Teruskan perjuangan kami warga chandan putri bersama YB utk PRU14 kemenangan pasti
datang..In Syaa Allah

Awanama berkata...

usaha serta pegorbanan YB adalah terlalu besar dan disanjung tinggi kami Penyokong PAS Kelantan amat berbesar hati dan amat bersyukur kpd Allah. Teruskan perjuangan. Kalah kepada dasar penipuan itu adalah kemenangan kpd kita yang jujur kpd Nya. PRU 14 adalah penentuan Isyalah


baktimulia berkata...

Selepas mengundi hari tu saya lalu didepan pejabat BN Sitiawan,ramai orang kampung berkumpul didepan pejabat,entah apa hal...hari ni baru saya tau, rupa-rupanya mereka menuntut habuan.....kotor dan hinanya taktik pemimpin dan calon BN ni.