31 Mei 2013

Bot karam: Seorang lagi penumpang disahkan selamat

21 Rejab 1434 H. [MOD] -


BELAGA: Seorang lagi penumpang bot ekspres yang karam di Jeram Giam Bungan, yang disenaraikan hilang sejak Selasa lalu disahkan selamat. 

Ejang anak Nabau yang sudah balik ke rumah panjangnya tampil membuat laporan di Balai Polis Kapit malam tadi. 


Berikutan itu, hanya empat lagi yang disenaraikan hilang iaitu Maurice anak Ajan, Simon anak Patrick, Roslin anak Jati serta seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Paulus.

Tiada ulasan: